Monday, 17 February 2020

Merawat pesakit (guru) yg kena sihir 15.02.2020 to 17.02.2020

Mulai merawat seorang pesakit ( seorang pendidik) yg kena santau.

Berbulan lamanya dia menderita sakit seluruh tubuh
Ada benda yg bergerak2 didlm tubuhnya.
Di kepala terasa ada ulat2 keluar..
Di kakinya menjadi bengkak dgn tiba2 dan menjadi buruk..
Sehingga kulit kaki menggelupas hitam dan menjadi busuk.
Didapati ada ulat2 yg keluar dr kakinya juga di tangannya.

[ namun itu hanya dr penglihatannya dan perasaannya shj. Org lain tak nampak ]
Namun kakinya mmg zahir nampak buruk.

Beberapa kali nak dtg lpd saya namun ada shj halang galangnya.

Alhamdu lillah setelah dtg kpd saya di tgh2 malam, maka saya mulai merawatinya.

Di pendekkan cerita, setelah 3 kali merawat alhamdu lillah 80% sembuh. Yg lain itu hanya perasaan dan mindanya shj yg kena perbetulkan..  setting tak ada sakit dan ulat2..

● Sihir dan Santau di sekolah pun ada...  Jgn tak tahu !
Ianya di mana2.

Insaflah wahai manusia..  
Kuatkanlah Iman kamu.
Jauhilah drp melakukan perkara2 mungkar dan syiriq.

La hawlawala qhuwatailla billa hil a'liyyil a'zim.

Sekian

Dato Seri Pawang Di Raja 
PA Long Amran

Saturday, 15 February 2020

Perawatan Islam Al Wangsa

Assalamualaikum wbh.
Salam sejahtera kpd semua..

Alhamdulillah kita masih lg diberikan kesempatan utk meneruskan kehidupan diatas mukabumi ini.

Terlebih dahulu saya ingin memohon ribuan kemaafan kiranya ada salah silap saya pd setiap penulisan saya ataupun dr perlakuan saya diluar maya tika kalian dtg mendapatkan rawatan dari saya ataupun tika berjumpa diluar.

Sejak Jan 2020 ini, saya banyak didatangi pesakit2 yg mempunyai masalah2 pelik spt kemurungan dan 'down' akibat masalah kegawatan ekonomi rumahtangga ( pelik bg saya.. )
ii. Masalah taksub kpd perawat dimana...   Apa shj yg berlaku dlm kehidupan harian semuanya adalah disebabkan sihir ( org sakit hati )
contoh..
Belalang masuk rumah itu pelesit..
Kumbang masuk rumah itu dikatakan ada org hantar sihir.
Kereta kerap rosak itu pun kena sihir..
Anak2 malas ke sekolah itu pun sihir..
eeehhh mcm2lah..

iii. Sllu stress pun dikatakan sihir.
Bila di selidiki rupa2nya pesakit (isteri) sllu mengalami stress atas sb pergaduhan dan pertengkaran dgn si suami hari2.
( si suami kerja dan income tak menentu. Belanja hidup rumahtangga semua isteri yg tanggung tmsklah anak2 dan sekolah anak2. Si suami makan tdo dan kerja tak seberapa. Tp Ego tinggi dan tak pernah beralah)
# pjg ceritanya...
iv. Paling menarik ialah ada ibu tunggal yg berumur 60++ ( dah ada anak cucu pun ) minta saya buat mandi bunga dan buatkan pengasih. Kononnya telah berkenan dan jatuh hati dgn seorang duda berusia awal 40an.
Ahh nenek ni....  Nak gelak pun ada aku.

Mcm2 lagilah permasalahan yg timbul.

Bab perihal Saka/Sihir/Santau itu sudah tllu banyak.

Sakit yg sudah bertahun2 dimana pergi jumpa doktor pakar pun, resultnya doktor ckp tdk ada apa2 masalah..
Namun sakit menjadi2 hingga hampir membawa maut.

Bila berjumpa perawat Islam, dgn izin Allah sembuh.
Bayaran utk servis 2~3 jam bayar rm20 ~rm50.
Korang sembuh, mlm2 kdg2 aku kena serang plk secara ghoib dgn jin2 dan tukang sihir.

Mmg ayat al quran free...
Ttp servis aku nak kira free jgk ka..!

FEES aku terpampang di whiteboard besar klinik rawatan tu. Kalu buta huruf kita boleh terangkan...😊

Inilah lumrah kehidupan seorang perawat Islam.

● Lama dah tak menulis ni, sb tak sempat.
Kdg2 terkejar2 ke seluruh semenanjung dlm misi perawatan. Bulan depan ke sabah dan serawak dan Brunei pula appt utk rawatan. 

Alhamdu lillah pesakit2 disana tdkada masalah langsung ttg bayaran rawatan aku.

Baiklah sudah sampau masanya utk aku beredar..
Insya allah semoga ketemu lagi.

Kiranya guan2 & puan2 ada masalah utk menfapatkan rawatan hubungi saya..
★ 017 3383 698
★ 010 5200 830

# Maaf saya tak terima/ layan sebarang permintaan kiranya minta saya "SCAN" sesuatu. 

Sekian
Wabillahitaufiq wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

DATO SERI PAWANG DI RAJA
MMW™


Tuesday, 8 October 2019

Perawatan yg berterusan..

Salamunalaik...
Salam kasih sayang kpd semua muslimin & muslimat yg dirahmati Allah.

Ketemu kita lagi diruangan ini.
Ingin saya coretkan beberapa kes rawatan saya sepanjang tahun 2019 ini.

Ada beberapa kes yg berat melibatkan SAKA & SUSUK disini selain drp kws2 biasa spt kerasukan dan hal rumahtangga.

Namun tarikhnya saya lupa utk catitkan.
Mungkin sb faktor2 kekangan waktu dan faktor2 kesihatan saya yg tak sihat ( mungkin sb di attact atau sebaliknya )
wallahu alam.

1. Kes pertama:
Merawat dan membuang saka keturunan yg mengganggu tubuh pesakit perempuan.

Bertempat di sebuah kondo mewah di TTDI.

Pesakit yg pada awalnya menyangka atas perbuatan sihir manusia yg ditujukan kpdnya atas sb rasa irihati dan busuk hati sb kedudukannya yg tinggi di sebuah compy yg besar.

Namun sangkaannya meleset pabila saya mula membuat rawatan.
Saka atok neneknya yg menjadi2 ygmana konon2nya muncul utk 'protect' pesakit drp sihir2 luar..

Bila diselidiki neneknya dulu adalah seorang bidan kampung. Dan atok kpd atoknya adalah bomoh terkenal pd era th 50an.

● Saya pendekkan cerita setelah bahan2 ritual disediakan maka upacara mengeluar dan menghantar kembali saka tsb saya lakukan.

Alhamdu lillah setelah 5jam kerjaan tsb maka selesailah sudah.

Kes 2 :
Kes susuk...

Seorang wanita berumur lewat 30an juga merupakan isteri kpd seorang vvip (mungkin telah insaf setelah mengikuti kelas2 agama) telah menalipon saya utk setting appt utk dtg merawat.

Apabila tarikhnya sampai tepat pd jam yg dijanjikan wanita tsb datang ke klinik saya.

Persediaan awal telah saya sediakan utk upacara pembuangan susuk tsb.
Rawatan mengambil masa selama 3 jam dan alhamdu lillah berjaya.

Namun wanita ini menjerit spt histeria ketika saya mula membuang susuk2 tsb...
Airmatanya spt air paip mencurah2 sb kesakitan.
i. dimuka ( 2 di kening, 2 dipp dan 1 di hidung )

ii. 2 di tetek kiri dan kanannya.

iii. 2 di bhgn alat sulitnya.

● Katanya dia ambil di Indonesia dgn harga ribuan ringgit.

★ Alhamdu lillah kea selesai.

Kes 3 :
Anak gadis remaja yg liar sllu lari dr rumah dan suka berfoya2.
Suka melawan cakap ibubapa.

Bila suruh dtg kesini remaja tsb taknak.

Saya suruh ibubapa remaja tsb membawa
i. sekeping gambar remaja tsb dan ditulis nama penuh bt ibu dibelakang photo tsb.
ii. Beras, gula,kopi atau apa shj yg budak tsb makan minum dirumah yg mana ibunya sediakan.
iii. Sepatutnya saya nak kasi mandi ja,tp remaja tsb sohih taknak.

● dipendekkan cerita seminggu kmdn ibu remaja tsb telah menalipon saya dan menyatakan yg anak gadis remajanya telah 'lekat' kat rumah dan dah tak keluar dah.
Syukur alhamdu lillah..

Kes 4 :

Juga kesbremaja lelaki yg menjadi liar sb pergaulan dgn kawan2 (yg tersalah pilih mungkin )

Terlibat dgn penagihan syabu pula.
Sllu bertindak aggresif kiranya ibubapanya tak beri duit.
Habis di selongkar bilik laci bagai utk dptkan duit.

● ibubapa call dan saya setting date dan masa.

Semua bahan2 yg saya minta dibawanya spt..
i. Beras
ii. Gula,kopi,teh bagai tmsklah makanan2 ringan yg disukainya.
iii. Buah kelapa muda 2 biji
# mandian mmg pesakit tu payahlah. Sllunya begitu..

★ pendekkan cerita setelah dibuat alhamdu lillah seminggu selepas itu saya diberitahu oleh ibunya yg anaknya dah ok.

★ sebulan selepas itu ibunya menalipon lg..
Kali ini lain pula bunyinya..

"Ust boleh buat tak kasi anak saya ok sikit.."

Saya tya kenapa..  masih tak berubah ka...

"Tak ust..  masalahnya dia asyik dok rumah ja..  berkurung dlm bilik. Nak ajak keluar p jalan2 pun dia tak nak "

Saya...  "eerre.....  dia murung ker"

"Tak ust..   dia makan lalu jer.. cuma dia tak cakap banyak. Mengaji selalu ( baca quran ) solat tak tinggal.."

Saya ..  hahhh...😊

Saya cakap itu dah oklah..  takkan awak nak dia jd gengster lagi. Org dah insaf bersykurlah..

✩ macam2 hal..

[ nanti bersambung lagi.. ]

Friday, 17 May 2019

Merawat penyakit misteri

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan.

Aku ingin ceritakan sedikit pengalaman aku baru2 ni.

Kes pertama : 15.05.2019

Merawat seorang pesakit perempuan yg agak misteri. Beliau merupakan pesakit lama aku yg 'berprofile tinggi'

Ok dipendekkan cerita beliau kini adalah seorang 'bidan' atau lebih mudah mengurut ibu2 yg baru lepas bersalin dabnya.

Namun beliau sering diganggu oleh makhluk2 halus yg dtgnya dr pelbagai sudut. Ibaratnya badan beliau spt 'besi berani' yg menarik semua makhluk halus meresap kedlm tubuhnya.

Ada yg dpt ditepisnya dan ada yg gagal terus meresap kedlm tubuhnya.

Setelah sekian lama berperang dgn makhlyk2 halus tsb beliau telah dtg berjumpa aku utk mengubatinya.

Pendekkan ceritanya...
Alhamdulillah segala jin2 tersebut (ribuan) aku berjaga keluarkan atas izin Allah jua.
Cumanya ada seekor yg amat2 perkasa yg namanya Iblis.

Apa shj surah aku aku baca semua dia ikuti dgn lancar.
Pelbagai2 kaedah yg aku lakukan namun gagal.
Akhirnya makhluk itu berkata..

"Masakan engkau dpt menewaskan aku. Sb Allah sudah berjanji yg aku akan binasa pd hari kiamat nanti. Dan surah2 yg engkau baca itu hanya mampu menewaskan Jin2 shj ttp bukannya aku. Kerna Aku adalah ketua para malaikat semasa di syurga dahulu. Ya akulah Azazil yg dilaknat oleh Allah"

Terdiam aku seketika...
Aku saiko dan manupulate iblis dgn pelbagai cara namun ttp gagal. Malah ia berkata
" sedangkan nabi Adam & Hawa pun aku berjaya tewaskan, ini engkau..."

Sesi rawatan dr jam 12tgh malam.hingga ke 5.00am.

Pendekan cerita...
(Bersambung selepas ini........)

●●●●●●●●●●●●●●●●

Kes ke 2  : Jum : 17.05.2019

Merawat anak muda yg tak mahu mengaku yg ianya sakit.
Sedangkan rakaman video semasa dia kerasukan itu menunjukkan mmg dia berpenyakit mistri.

Sikap melawan ibubapa dan saudara2nya apabila ia kerasukan amat2 menyedihkan.

Aku dijemput utk merawat pesakit tsb.
Setelah dirawat ia agak tenang dan bercakap pun spt sebelum sakit dahulu.
Malam ni dia akan mandi air ramuan aku selama.3 pagi berturut2..
Doakan beliau kembali sembuh spt sediakala, insya allah.

La hawlawala qhuwatailla billa hil a'liyyil a'zim.

Wassalam..

Friday, 29 March 2019

Merawat saka dan sihir

Seorang pesakit wanita yg baru mendirikan rumahtangga.
Masalah yg mengganggu kerjaya dan rumahtangganya.

Banyak tempat sudah beliau pergi utk mendapatkan rawatan. Namun gagal..
Atas rekemen kawannya beliau bersama suami dan rakan2 me tempat saya.

Mulai rawatan dlm jam 12.00tgh malam.
Sesi rawatan selesai pd jam 3.30am.
Masalah saka keturunan dan sihir yg dikenakan keatas beliau.

Bomoh ( tukang sihir adlh sami siam dr satu wad siam di sblh utara siam )
Biasalah dlm rawatan mesti ada histeri terpekik2 dan menggilai bagai.

Dgn menggunakan ayat2 kalamullah al quran, ku mohon agar hancur binasa sptmana garam hancur kena air mutlak.
Tiada makhluk jin yg dpt mengatasi kebesaran dan kekuatan Allah.
Mereka tunduk dan hancur kiranya Allah berkehendak.

Berkat para guru dan wali...
Berkat Syafaat baginda rasulullah saw..
Allah makhbul..

Semoga pesakit itu terusan sembuh spt sediakala. Insya allah.

Ust Amran Fadzil
[ Dato Seri Pawang Di Raja ]

Tuesday, 4 December 2018

Merawat saka

Assalamualaikum...

Balik ja dr Kuala Krai..  selang sehari selepas itu aku merawat pula seorang pesakit yg telah diset appt sblm ini.

Sudah berbelas tahun beliau (lelaki) mengalami penyakit mistri ini.
Dari sakit jantung, hati dan kini buah pinggang pula.. (kata doktor)
Masuk keluar hospital, IJN dan merata2 pergi merawat dr utara hingga ke selatan tanahair.

Namun tak juga sembuh dan jumpa punca2 sebenar dtgnya penyakit tsb.
Dari badan yg tuff skrg dah tinggal tulang kurus kering.

Namun Allah lebih mengetahui segala2nya.
Aku cuba sedaya upaya utk merawat pesakit tsb. Mudah2an kekuatan sentiasa bersamaku.
Insya allah Allah bantu...
Dgn berkat para guru dan wali....
Dgn berkat dan syafaat baginda rasulullah saw,mudah2an terkeluarlah segala penyakit zahir dan bathin....yg mengganggu rohani dan jasmani pesakit tsb.
Wallahualam.

Allah Maha Besar
Allah Maha Penyembuh..
La hawlawala qhuwatailla billa hila'liyyil a'zimm.

DSPDR
ust amran fadzil

Saturday, 1 December 2018

Merawat Saka (Kg Temelir Kuala Krai)

Dipanggil kali ke 2 oleh keluarga yg sama.
Merawat seseorang yg berumur 80an.

Kisahnya bermula dr asalnya puluhan tahun dahulu beliau adalah seorang petugas perhilitan. Dan selalu masuk ke hutan utk kerja2 yg berkenaan dgn tugasannya.

Setelah pencen beliau tidak tinggalkan bidang itu begitu shj. Malah beliau menjadi seorang 'penjinak gajah'2 liar didlm hutan.

Belbagai ilmu2 hutan yg dipelajarinya sbg seorang 'pengembara hutan'.
Sehingga ada ketika beliau membawa balik gajah ke halaman rumahnya du Kg Kuala Krai ini.

Dan begitulah kesudahannya.. apabila usia meningkat ke angka 80an maka keuzuran menyebabkan beliau sering jatuh sakit. Dan bermulalah episod gajah2 dtg bermain2 dihalaman rumah dan didlm rumah !

Gangguan demi gangguan sehingga mengganggu isteri dan anak menantu bagai.
Pelbagai kaedah rawatan bomoh dan perawat dipanggil utk membuang segala gangguan tsb. Namun tidak berjaya !

Atas pengalaman saya merawat dan membuang saka salah seorang dr saudara mereka dahulu.. iaitu seorang nenek berusia 90an yg mempunyai saka dan susuk dahulu maka saya dijemput ke mari lg utk sesi perawatan ini.

Pada saya insya allah...  doa dan ayat2 al quran rasanya sama dgn perawat2 yg lain. Mungkin dgn sedikit kaedah cara dan keserasian mungkin dan izin Allah subhanawata'ala boleh disembuhkan.

Alhamdu lillah...
Kerja2 malam td telah selamat dan sempurna di lakukan.
Semoga Allah Ta'ala mengizinkan dlm menyembuhkan pesakit tsb.
La hawlawala qhuwatailla billa hilaliyyil azim.

Semoga kita semua mendapat hidayah dan pengajaran dari cerita dan kisah tsb.
Biarlah ilmu yg dituntut itu ilmu yg berfaedah yg tidak melanggar hukum2. Ilmu Allah itu yg terbaik.
Carilah guru2 yg bersanat dan sampai kpd rasul... insya allah.

Wallahualam.

Ust Amran
Kg Temalir Kuala Krai
Ahad: 02.12.2018