Wednesday, 27 July 2022

Aku terkena ilmu pengasih πŸ€”

Mlm td aku resah gelisah...
Tak boleh tdo sampai jam 1:00am.
Tdo jam lebih kurang jam 2:00am.

Kisahnya :

Sebelum ini sbg seorang perawat Islam aku sllu di attact oleh pensihir2 yg mana bersangkutan dgn pesakit2 aku.

Yalah aku mmg fokus kpd rawatan2 sihir, santau, buang saka dan buang susuk selain kes2 mistik yg lain.

Mmg sllu aku nasihatkan kpd pelatih2 baru yg ingin menceburkan diri dlm bidang rawatan Islam ini kenalah pengisian ilmu dgn mantap. Pendinding diri mustilah ampuh.
Kerna apa....
Sb mainan sihir ini sgtlah kuat. Ianya dtg drp pelbagai lapisan bangsa yg mempunyai ilmu2 hitam yg hebat !

Kadang2 kita sering 'di sudi' oleh perawat2 lain dan bomoh2 lain yg ingin menguji tahap ilmu kita. 
JANGAN ckp ianya mustahil...
Aku yg sudah duduk di bidang ini belasan tahun sememangnya ada pengalaman2 sebegini.

Pernah aku 3 hari 3 malam terbaring sorang2 dlm rumah sorang2.
Pernah juga sampai 5 hari 5 malam terbaring sorang2 dlm rumah.
Ini mmg 'keras' sekali ilmu hitam yg di tujukan kpd aku.

Alhamdu lillah dgn berkat ilmu seciput aku, dgn pertolongan Allah Ta'la aku bangkit kembali. Aku sendiri juga yg merawat tubuh badan rohani dan jasmani ini.
Berkat ilmu2 yg bersanat dari guru ke guru, dari tangan ke tangan sampai kpd rasulullah saw.

Apa yg aku nak ceritakan kali ini ialah satu perkara yg amat jarang berlaku kpd aku.
Apakah itu.... ( ini yg ingin aku kongsikan )

Malam td aku telah terkena ilmu pengasih dr seorang perempuan yg meminati aku. Ianya melalui 'mimpi sedar'
Ialah sebab aku belum memikirkan utk berkahwin lg sb tugasan sbg perawat ini bukanlah mudah.

Kehidupan sederhana yg aku amalkan dgn pendapatan yg sederhana serta komitmen yg tinggi rasa aku tak semua wanita boleh bersedia utk itu. Bukan senang utk mencari suri rumah yg boleh bersusah senang dgn tugasan seorang perawat Islam ini.

Baiklah...
Cerita aku kali ini adalah lain dr yg lepas2..
Sebab terkejut 1st time aku terkena. Namun aku bersyukur kpd Allah subhanawata'ala yg dtg memberi pertolongan segera. La hawlawala qhuwataillabilla hila'liyyila'zimm. 

Semoga Allah sentiasa memberikan perlindungan dan pertolongan kpd aku. Ada ramai lg pesakit2 diluar sana yg memerlukan bantuan dan pertolongan aku.

Wallahu a'lam.
#DSPustazAmranFadzil.

Friday, 20 May 2022

JGNlah ambil kesempatan..

Sedikit teguran buat para pesakit2 yg datang ke klinik aku atau yg bertandang ke rumah mereka.

JANGANlah di sebabkan 'keramahan' dan sense of humor aku ni menyebabkan kalian 'terasa sgt rapat'......

Bila time nak bayar fees aku, boleh lak cakap "ni hadiah saya ikhlas ya ustaz"
Kalau kawan atau sahabat pula kalian terus senyap.

So masa yg aku luangkan dan sebagainya itu bagaimana !
Drp aku buang masa menyembang dan beri tips atau nasihat dan merawat tu lebih baik aku tdo atau buat kerja lain.
[ akai takdak.... ]

Aku dah ckp awal2 lg yg aku pakaiguna 'fees' dan bukan bayaran seikhlas hati.

Ayat2 al quran aku mmg free...
Tetapi kerjabuat dan ilmu aku semua berbayar.

NOTA :

πŸ“Œ AKU adalah seorang Doktor dlm PERAWATAN ISLAM & MISTIK.
[ Professional dan ada feesnya ]

πŸ“Œ Dan dlm PERAWATAN KLINIKAL & SAINS , mereka di gelar Doktor sakit puan, Doktor sakit gg, doktor pakar bius dan doktor bedah dll.
[ Professional dan ada feesnya ]

Kiranya nak FREE sila jumpa pusat zakat atau baitulmal.

Harap maklum.

Ustaz Amran

Datok SriPawang Di Raja S.A.S.M 

Tahun 2018  kenaikan pada [ rawatan saka : rm1777.00 & rawatan buang susuk :  rm1777.00  ]

[ rawatan buang saka & susuk : rm3400.00 ] 

La hawlawala qhuwatailla billa hila'liyyila'zimm.
"Tiada daya dan upaya aku kecuali dgn kekuatan dan pertolongan Allah jua"

MMWπŸ’–πŸ‡²πŸ‡Ύ

Thursday, 19 May 2022

Penyakit akhir zaman tahun 1443 hijriah.

Penyakit akhir zaman...

Ketakutan yg teramat sangat...
Trauma..
Fobia...
Kemurungan dan pelbagai2 lg..

Selalunya pesakit2 spt diatas ini telah melalui pengalaman2 pahit dan memeritkan dlm kehidupan mereka. 

Sllu terjadi akibat pernah di sihir dan di santau dgn teruk. Bertahun2 berubat ke sana ke sini segala ceruk rantau pelusuk tanah air di jelajahi demi utk mendapatkan khidmat ustaz2 perawat malah tmsk juga berjumpa dgn bomoh, dukun dan pawang. 

Keserasian dlm pengubatan mistik ini bukanlah mudah. Itu sb kenapa pesakit2 ini terus mencari dan mencari perawat yg boleh menyembuhkan 100% kiranya boleh akan permasalahan penyakit mereka.

Apa yg saya nak tekankan di sini ialah....
Ada juga di antara pesakit2 saya sudah betul2 sembuh dr segala penyakit mistri spt  (saka, sihir dan santau dll ).  Namun mereka masih di belenggu trauma ( sb terlalu lama menanggung sakit ) dan mengatakan bahawa mereka "masih lg sakit"  

Sllu terdengar bunyi2an diatas rumah ( apart, kondo, flat ). Bunyi angin memukul pintu sliding kat balkoni pun dikatakan bunyi makhluk halus nak masuk...
Dan mcm2 perkara pelik yg tak dpt saya senaraikan disini.

Pada kami dgn pengalaman dan ilmu perawatan yg kami ada (saya fokus kpd diri saya) mmg penuh yakin bahawa mereka sudah sembuh. Namun mereka masih juga mengatakan tidak. Atas tidak puashati dan pelbagai mereka mula mencari ust2 perawat yg lain.

Setelah bertahun2 kmdn, mereka kembali kpd saya...
Bila ditya kenapa ?
Kata mereka, hanya ust ja yg serasi....
Hahhhhhh.....

Dah pelbagai 'benda' yg di masukkan ke dalam badan tu oleh ( bomoh2, dukun2, pawang2 atau perawat2 tsb ) baru nak patah blk kat kita !

Ini dah jd 2 kerja pula...
Dulunya dah pulih....
Skrg nak buang yg baru pula.


Soalan cepumas :
Ehhhh mcmana ust boleh tau pesakit tu pulih ka tak !!! 

Hanya perawat shj yg tahu sejak mula ketika pesakit itu memijak kakinya kedlm klinik atau rumah perawat... 
Dan setelah dia keluar drp klinik atau rumah ust perawat tsb. 

Dan sekiranya ada sesi rawatan kali ke 2 dan 3 di situ kita sudah dpt tahu bgmana keadaan sebenar dia. Samada sudah pulih 100% atau 50% atau 10% shj. 

Sesi proses perawatan itu mengambil masa juga. Ada kaedah2nya.

πŸ“Œ Kiranya di tanya kpd saya :

πŸ“ "Ust kalu saya berubat hari ni, boleh sembuh tak" !
[ Penyakit sihir/ santau yg bertahun2 ]

πŸ“ "Ust rasanya berapa hari boleh sembuh" 
[ penyakit sihir / santau / saka dll yg dialami berbelas2 dan berpuluh2 tahun ]

πŸ“Œ Jawapan saya ::
JANGAN tya saya, kamu tanyalah ALLAH. ☝️

DIA yg MENYEMBUHKAN.
Saya hanya hambaAllah yg berusaha dan berikhtiar atas ILMU perawatan yg saya ada shj. Dan saya hanya menggunapakai ayat2 al quran yg juga Kalamullah, Firman Allah, Kata2 Allah.

Tidak ada seruan mohon bantuan kpd makhluk halus pedamping, jin ,iblis dan syaitan. 

Saya akan bacakan....
"La hawlawala qhuwatailla hila'liyyil a'zimm. 
[ Aku tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah jua ]

Semoga kita sbg hamba Allah ini faham akan pengertian tsb.

Aju hanya ada ilmu shj. Namun yg menyembuhkan itu adalah Allah yg Maha Esa jua. 

Sekian
Wassalam wbh.

Ust Amran Fadzil
[ Dato SriPawang Di Raja SASM ]

Thursday, 5 May 2022

Ilmu pemukau

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Bathin 1443h / 2022m

Satu pesanan buat khusus kaum Hawa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hati2 zaman skrg byk kaki pukau.
Bukan melayu (rumpun melayu) shj yg pandai memukau...

Bangla, rohingya, pakistan,india, sikh juga pandai dlm bab ni.
(Kes bangsa cina aku tak pernah jumpa lglah) wallahu a'lam.

Kes2 di atas aku kisahkan sb berlaku di kalangan rakan taulan dan patient aku.

Kes ini sengaja aku timbulkan dlm beberapa tahun kes yg aku hadap.

Bila dtg utk mendapatkan khidmat aku, apa yg aku boleh buat !

Duit ringgit, barang kemas, harta benda ( rumah, dusun bagai )

Hanya report polis ja aku sarankan.

Nak aku dapatkan blk hartabenda tu mmg bukan kepakaran aku apabila semuanya telah terjual oleh pemukau tsb.

Bab hartabenda wang ringgit takpalah sb harta dunia, ttp kes2 yg melibatkan 'jadi habuan nafsu serakah' pemukau mmg lg parah !

Dah jd pemuas nafsu kmdn ambil video tgh main ( mangsa tak sedar ) kmdn ugut,
Kalu lari video tsb akan di sebarkan ke media sosial bagai.

 Kes ini berlaku dikalangan isteri2 yg cun dan anak dara atau takda dara.. 
[senang aku ckp.]

Sllunya parent atau suami dtg utk minta tlg aku 'scan' di mana lokasi isteri atau anak perempuan mereka di sembunyikan.

Aku bukanlah pakar...
Dlm 10... 5 shj yg betul lokasinya.
Panggil pdrm p ambush..

Terserahlah kpd parents dan suami nak handle mcmana.

Aku sedih sgt..

Sb yg mangsa2 tsb baik isteri org atau anak2 gadis tsb cantik2 belaka😊
Kesian kat aku yg bujang nih kann...πŸ˜…

Yg lahanat lg, ada isteri yg call aku minta tlg, suaminya percaya kpd sorang bomoh indon ni, sanggup tinggalkan isterinya utk dirawat. Sebaliknya bomoh tsb siap pukau dan berjam2 melayari nafsu serakah. Ptg suami dtg jemput isteri dgn keadaan isteri yg layu lesu. Bomoh tu ckp ini kesan rawatannya.

Isteri tak berani nak keluar rumah sb takut suami.
Aku tak tahulah kesnya skrg.
Aku suruh call pdrm saja.

Mcm2 lg kes yg aku hadap..
Ini semua adalah cebisan dr kisah benar dlm khidmat selama aku menjadi  perawat.

πŸ“Œ Aku cerita yg benar semata-mata benar belaka. Aku tak pandai aku hanyalah hambaAllah yg kerdil.

La hawlawala qhuwatailabilla hil a'liyyil a'zim

πŸ‘‰ Pesanan aku buat kaum hawa, berhati2lah ilmu2 hitam/ sihir di akhir zaman ini.

Wassalam wbh
MMW®

Saturday, 19 February 2022

scan jarak jauh.

Assalamualaikum wbh.

Selamat bertemu kembali.
Alhamdu lillah hari ini saya ada kesempatan utk menulis di ruangan ini.

Ianya berkenaan dengan kaedah 'Scan' 
Samada scan secara berdepan atau scan jarak jauh (contohnya ; saya perawat di Cheras scan pesakit di Sabah )

Sebenarnya saya amat takut dgn istilah 'scan' ini. Apa tidaknya... pada saya istilah scan ni adalah cuma kelebihan pd yg tertentu shj.

Kdg2 ia nampak terang.......
Kdg2 ia nampak gelap ( samar2 tidak pasti )
Walau apa pun saya tetap letak hanya 30% shj kebenaran yg saya dpt 'tembus' melalui kaedah scan ini. [ Ini adalah hanya pandangan thdp diri saya shj.

Mmg kdg2 saya boleh nampak 'terus' dgn kaedah scanner ni namun saya tetap berhati2 takut nak jatuh 100% benar.
Sb di takuti Iblis yg duduk di tengah2 scanner itu.

Iblis ni kan bijak...
Tidak ni tak terhasutlah Nabi Allah Adam as yg maksum dan zuhud itu dan Hawa itu keluar dr Syurga.

Baiklah saya berbalik kpd tajuk asal saya ttg masalah ini....

Sejak 2 menjak ini, kerap sungguh saya di minta utk scan pelbagai2 kes dan penyakit2 mistik.

Sampaikan kes2 hilang rantai tangan, gelang, kalung, beg duit, motorsikal, kereta ,lori bahkan isteri hilang, anak hilang ( tak balik rumah ) dll pun suruh saya scan....!

Dulu.... YA dulu2 beberapa tahun lepas mmg saya buat perkhidmatan ini..
Tetapi dlm 3 tahun ini saya sudah tak ambil lg kes ini.


Saya akan buat sekiranya setuju dgn 'charging' fees saya.
Dan saya akan katakan... 

"JGN percaya apa yg saya scan ini 100%. Sb mungkin ada yg salah"

"Kalu bersetuju saya buat dan kalu tak yakin, saya tak buat." 

Lebih baik ngadap saya terus... senang.

Saya kadang2 kena berlapik bila bercakap sb takut saya salah dan sebar fitnah.


Itulah serba sikit kisah yg sempat saya selitkan kali ini.
Semoga kita ketemu lg di lain waktu.

Wassalam wlm...

DS Pawang Di Raja ust Amran Fadzil.
MMW®


Tuesday, 15 February 2022

Kisah akhir zaman.. 1443hijri

Assalamualaikum wbh.

Agak lama juga saya tidak menulis di sini.
Al maklumlah sejak beberapa bulan ni dari tahun lepas saya terlalu sibuk dgn kes2 rawatan saya. Samada di sekitar klang valley maupun diluar kawasan ( outstation ) dari utara timut, barat dan selatan.

πŸ“Œ Kes2 rawatan selalunya berkenaan dgn penyakit2 misteri spt, saka, sihir, santau dan pelbagai2 lg.

πŸ“Œ Kes2 kecurangan dlm rumahtangga spt; isteri lari tinggalkan suami dan anak2 sb mengikuti somi orang, mat bangla dan teman lelaki juga kawan lama yg bertemu dlm fb.
Begitulah juga pada pihak lelaki yakni suami.

πŸ“Œ Kes2 kecurangan akibat kelalaian memberi nafkah hidup zahir & bathin..
Kes2 suami yg di berhentikan kerja dan pelbagai lg.

πŸ“Œ Kes anak2 remaja yg lari drp rumah kerna ikut kekasih..
πŸ“Œ Kes anak2 liar akibat pergaulan bebas.
πŸ“Œ Ks anak2 terjebak dgn najis dadah dan pelbagai2 lg.
πŸ“Œ Kena ilmu pengasih
Kenapa saya sebutkan kes2 tsb di sini.
Adakah saya pdrm atau badan NGO yg mengambil kes2 tsb !

Sebenarnya ingin saya katakan di sini bahawa, ibubapa merekalah ( kes anak2 remaja di atas ) yg dtg kpd saya utk merawati anak2 mereka.

Ya.... memang anak2 tsb tidak akan datang utk di ubati namun dgn kaedah saya ini, insya allah boleh... Allah bantu.
( Rawatan jarak jauh )

Baiklah...
Pada saya sepanjang berbelas tahun saya merawat, penyakit yg susah utk di rawati adalah SAKA.
Saya bagi nisbah ; dlm 10 pesakit hanya 5 shj yg berjaya di rawati.

Kenapa !

Ini ada beberapa sebab. Ianya spt di bawah...
i. Mulut lafaz nak buang saka, tetapi di dalam hati masih ada perasaan sayang ke saka.
( Ini mmg gagal )

ii. Sumpah janji yg sukar di putuskan.
Yakni atuk nenek moyang dahulu di mana kita tak dapat merungkai cara kaedah ritual yg mereka gunakan beratus tahun dahulu. ( Dia ada cara pemutusnya ) kalu kita dapat.

iii. Dah janji keluar dan sumpah utk keluar...
Dia keluar dlm beberapa waktu dan kmdn dia kembali lagi ke dlm tubuh. Atas alasan tempat luar yg kita hantar tak sesuai...
Yg sesuai hanya dlm tubuh pesakit tsb shj.

Nama pun jin....
Pandai sgt tipu muslihatnya.


Mengenai dgn penyakit Sihir dan Santau pula...
Ianya agak jelas...
Kita merawat pesakit dan tak secara langsung kita akan berhadapan dgn 'tukang2 sihir/ santau' tsb.

Kita terpaksa bertarung nyawa setiap kali merawat pesakit2 ini.
Ianya spt kaedah 'setelit & internet' 
Tembakan dan jurusan2 ilmu hitam itu wujud !

Dan setiap kali kita merawat pesakit2 ini sudah pasti kita juga akan 'di tembak' oleh ahli2 sihir tsb. Ini kerana kita mengganggu kerjabuat mereka dlm membinasakan pesakit2, tsb.
πŸ“ [ JGN pandang remeh perkara2 ini. Ianya tidak ada di dlm bidang pembelajaran kedoktoran klinikal ]

Saya sendiri selalu di serang oleh tukang2 sihir & pengupahnya.
Kadang2 terbaring dlm beberapa hari. Ambil masa utk memulihkan...

Bukanlah senang utk menjadi seorang 'Perawat Islam' yg ampuh. Kita perlukan bekalan ilmu yg cukup tinggi dan mantap juga pendinding yg betul2 ampuh utk menjadi Perawat Islam.

Di luar sana ramai pengamal2 ilmu hitam yg ampuh lagi hebat sedang bersedia utk menjalankan kerjabuat jahat mereka.
Mereka mengambil upah utk menjahanamkan sesama manusia.

Santet ahli sihir dari kepulauan Banten, Sulawesi dan Kalimantan sudah aku hadapi...( Ini pengalaman aku ) Allah shj yg tahu betapa hebatnya ilmu2 mereka. 
[ Semoga aku terhidar drp pengalaman itu lg. ]
Pengamal2 sihir dlm malaysia spt ; orang2 asli, sami2 siam, sami2 hindu, suku jawa, boyan, melayu dll mmg teserlah akan ilmu santetnya.

Semoga Allah dan rasul sentiasa bersama2 aku juga barisan 70k Rijalul ghoib dan sanat, rabitah wasilah aku dan guru2ku dari tangan ke tangan hingga kpd rasulullah saw.

πŸ“Œ La hawlawala qhuwataillabilla hia'liyyil a'zimm.
(Tidak ada daya kekuatan,pergerakan dan kemampuan kecuali dengan pertolongan Allah Ta'ala )


πŸ“Œ Kita di ambang akhir zaman di mana segala sihir2 zaman firaun telah muncul kini. 

Awas berhati2lah.

Wassalam..
Ust Amran Fadzil
[ Dato' Seri Pawang Di Raja SASM ]

Tuesday, 2 November 2021

SAKA & AKHIR ZAMAN

SAKA ::
--------------------------------------------------

πŸ“Œ [A]
Sejak dua menjak ni ( 5 th ke belakang ) aku dapati ramai sangat pesakit aku di hidapi atau bermasalah dgn saka.

Percaya atau tidak..
Bermulanya mereka mendapat rawatan drp ust2 atau bomoh2 atau dukun bagai rata2 semuanya bercakap ttg SIHIR.

"Awak terkena sihir oleh perbuatan si polan dan si polan"

"Mereka cemburu, irihati,hasad dengki" dan pelbagai2 lg tekaan dan andaian dan 'scanning' depa. 

πŸ“ Sedangkan pesakit itu bukanlah kaya raya, bekerjaya besar, ketua masyarakat, popular dlm MLM atau masyarakat dan sebagainya. Malah ada yg surirumah pun
Dan yg lelaki kerja alam flora..
( Ini contoh shj )
Takda org nak dengki pun....
Lainlah mcm dato Aliff Syukri ka dll selebriti.. ( contoh shj )

Jadi bermulalah rawatan pesakit tadi dari satu tempat ke satu tempat utk mendapatkan rawatan.

πŸ“Œ [B]
Aku boleh cakap hampir 90% peratus yg dtg kpd aku ( setelah mereka mendapatkan rawatan dr beberapa tempat ) mengatakan yg mereka di sihir oleh si polan dan si polan..

πŸ“πŸ“ Kepandaian 'perawat'2 itu td dgn pelbagai kaedah spt...
i. Mengeluarkan paku,jarum,rambut,miqng bukuh,serbuk kaca dari tubuh pesakit amat aku kagumi.

ii. Malah ada yg tahap boleh mengeluarkan patung ( yg di puja ) dari tubuh pesakit.

πŸ“Aku amat kagum dgn keilmuan mereka2 yakni perawat2 tsb yg didlm bidangnya td.

πŸ‘‰ [ Sesungguhnya aku tak mampu dan aku tak pandai malah belajar bab2 hal sedemikian.
Sesungguhnya aku begitu kagum ]

Itu semua tidaklah mustahil sekiranya Allah izinkan. Dan mungkin ada guru2 yg mengajar sedemikian.

πŸ“Œ [C]
Apa yg aku nak ceritakan di sini adalah ttg kisah aku dan perawatan aku juga pesakit2 aku. 
Aku bukanlah nak kondem siapa-siapa kerna aku bercakap dari sudut perawatan aku shj.

Kebanyakkan pesakit2 yg dtg berjumpa dgn aku rata2 bercakap perihal sihir.

Dengan nama Allah.....
Rata2 yg aku check adalah di sebabkan oleh ( 40% saka / 30% sihir dan 30% santau )
Ya SAKA sllunya dari keturunan mereka yg berusia ouluhan dan ratusan tahun dahulu )

Kebanyakkan diantara mereka adalah yg bukan drp golongan atau kluster2 kayangan yg boleh org sakit hati. 

πŸ“Œ [D]
i. Ada budi bahasa dan jaga adab.
ii.  [E]
Bekerjaya dlm situasi yg tidak membuatkan org2 sekeliling boleh membenci, meluat dan menyakitkan hati sesiapa.

Bila aku selidiki ttg diri mereka dr sejak sunti, anak dara, dewasa dan ke warga emas...
Maka aku tahu apa sebenarnya masalah mereka. 

Apa itu SAKA :: 
-------------------------

Ianya bukanlah semudah ABC..
Bila melibatkan ratusan tahun usianya maka terfikirlah saya akan kegagahan org2 dahulu yg dapat mendapatkan dan bersahabat dgn 

Masalahnya apabila cicit2 mula membesar.
Mereka tak tahu apa yg sepatutnya mereka buat..
Bagaimana nak buang saka tsb.

πŸ“ Tak dinafikan pula...
Ada sesetengahnya bila mendapat 'saka keterunan' ni dia menjadi lebih energy dan mcm ada ilmu tiba2 dlm....
i. Boleh pandang telus alam ghoib..
ii. Boleh merawat..
iii. Boleh mengurut..
iv. Boleh bersilat tetiba tanpa belajar atau berguru.
v. Boleh mendengar bisikan2 alam ghoib..
vi. Dan pelbagai lagi perkara2 luarbiasa.

πŸ“ Jadi tidak hairanlah ada di antara pesakit yg rasa sayang nak buang saka ini atas sebab rasa 'kelebihan dan kesaktian' yg mereka miliki.

Ada juga di antaranya yg menerima saka itu, terus terusan mengganggu hidupnya.
Apatah lg sekiranya dia seorang yg beribadat....

i. Akan diganggunya ibadat solat dsbnya.
ii. Mengganggu kehidupan rumahtangganya.
iii. Selalu panas baran, bergaduh dgn suami atau isteri dan anak2..
iv. Mengganggu kerjayanya..
Kdg2 bila nak masuk ja pejabat, ia akan mula 'transform' 
v. Kekerapan 'transform' tak kira dimana tempat sekalipun. Apatah lagi bila time nak di rawat.

_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

πŸ“Œ
Apa yg nak aku sampaikan di sini adalah mengikut   
( pengalaman perawatan aku sendiri ) dan tidak melibatkan sesiapa jua atau perawat lain.

Bagi aku...

Sintom terkena SIHIR & SANTAU amatlah berbeda dgn mewarisi SAKA.


πŸ“ Apa itu SIHIR ::. 
( Kaedah Penyiksaan )

Ianya dilakukan oleh seseorang dan senang aku cakap adalah 'Tukang Sihir' ia mengambil masa yg lama utk 'mematikan' mangsa.

Kerana kaedah ini bertujuan utk 'menyiksa mangsa'  lagi lama lagi bagus.
Sebab 'penyihir' atas persetujuan drp 'pengupah (pemangsa) itu tadi mahu tengok proses kehidupan 'mangsa' atau orang yg di sihir itu menderita yg teruk sebelum meninggal dunia.

Tukang sihir kerjanya adalah 'mengambil upah' dgn bayaran2 tertentu dari 'pengupah' yakni orang yg berdendam dgn seseorang itu. 

Dan bayarannya mengikut kerja yg akan dilakukan.
Selalunya tidaklah murah.. dari serendah  rm500 hingga ribuan ringgit upah kerjanya.
Sihir ini boleh meliputi segala gerak hidup org yg dituju itu spt..

i. Mengganggu rumahtangganya.
ii. Mengganggu kerjayanya sehinggakan prestasi menurun secara mendadak..
iii. Sifat panas baran mula menguasai diri. Ini kerana mangsa akan sllu terasa 'panas badan' dan tidak selesa dimana2 berada.
iv. Selalu terdengar bisikan2 jahat utk melakukan perkara2 yg diluar kotak fikiran yg waras.
v. Beremosi tahap tinggi..
vi. Terlalu sensitif. Tak boleh ditegur langsung, lalu akan melenting dan mengamuk.
vii. Kemurungan..
Dan belbagai2 lagi.

πŸ“ Apa itu SANTAU ::
Santau ini adalah 'pemati' atau mission to kill.

Jenis ini bukanlah kaedah menyiksa mangsa spt sihir. 
( Ianya lebih zalim lg...)
Modes operantinya adalah terus 'membunuh' 

Seboleh2nya apabila di santau, ia tidak mengambil masa yg lama.
Lagi cepat mangsa mati, lagi bagus !

Sintomnya spt biasa adalah spt;
i. Busung... 
ii. Badan keluarkan kegatalan dan biji2 dan cecair.
iii. Badan akan menjadi panas spt udang dibakar.
iv. Sering batuk2 dan keluar darah yg beku,hitam dan macam2.
Dan pelbagai2 lg.

Selalunya 'ajal' mereka yg di santau tidaklah lama.
Wallahu a'lam.

_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

πŸ“ŒπŸ“Œ

Aku tidaklah sepandai mana pun..
Tidak perlulah tya dimana aku beroleh segala ilmu2 ini..
Kerja Allah belaka dlm menggerakkan rohani dan jasmani aku dlm hal2 sebegini.

Sepertimana yg aku cakap pada bab πŸ“Œ [B] diatas...
Aku kagum.. ( itu ayat aku )
Maksudnya aku tidak menafikan keilmuan mereka.
Dan aku tidakada kepakaran tsb. 

Cumanya aku lebih berhati2 dlm setiap kerjabuat dan perbuatan juga tuturkataku kpd para pesakit2 aku.

Aku seboleh2nya tidak mahu bercakap dusta atau berbohong dgn pesakit2 aku bersandarkan kpd "scanner atau ilham" aku.
Sebabnya aku takut aku salah wpun aku nampak nyata dan jelas namun aku takuti yg Iblis bijak memanipulasi penglihatan dan pandangan tafsiran aku.

i. Kiranya betul pandangan makrifah aku thdp sesuatu perkara pun, aku tetap tak berani cakap.

ii. Apatah lagi kiranya aku 'silap' dlm meneka sesuatu...

Dua2 diatas bagi aku adalah rahsia dan lebih baik aku simpan sb takut DOSA.
DOSA aku kpd pesakit..
DOSA aku dalam menyebarkan FITNAH
DOSA aku kpd org yg tertuduh. 

πŸ“ DOSA dgn Allah, Allah itu Maha Pengampun.
πŸ“DOSA sesama manusia, selagi aku tak mohon ampun maaf maka selagi itulah aku menanggung sampai ke liang lahat dan ke masyar nanti..
Allahu akbar...
Nauzubillahminzaliq...

Mohon Allah Ta'ala menjauhkan aku drp perbuatan2 yg terkeji itu.
Aaminn ya rabbal a'laminn.

Percayalah : 

Aku bukanlah siapa2...
Aku sentiasa lemah sebagai hamba Allah.
Aku merawat dan aku memohon kpd Allah semata2.
Dan al quran adalah pegangganku dlm setiap kerjabuat aku.

Semoga Allah dan rasul saw dan nabi2 dan waliyullah serta guru2ku yg bersanat rabitah wasilah hingga kpd rasulullah saw sentiasa bersama2ku dlm setiap gerak kehidupan nafas dan kerjabuat aku.

Sebelum aku mengundurkan diri, aku memohonnribuan ampun dan maaf kiranyanya ada penulisan aku ini telah merobek hati dan perasaan sesiapa.

Aku lemah sbg hamba Allah..
Lahawlawala qhuwataillabilla hila'liyyila'zimm.

Wassalam wbh.

Aku
Dato Seri Pawang Di Raja  ( S.A.S.M )