Sunday, 8 April 2018

Merawat penyakit Saka dan Sihir

Hari ini start jam 10.00am aku mulai merawat beberapa orang yg terkena penyakit sihir dan saka.

Sihir :
●●●●●●

Kes 1 :

Seorang gadis berumur 20an terkena 'ilmu pelalau' 
Keadaan mentalnya dikatakan selalu berkurung diri dlm bilik. Tak makan dan minum dan mandi. Akan lari keluar rumah sekiranya terlepas dr kawalan keluarga.

Kejadian dikatakan selepas beliau menolak pinangan seorang lelaki yg menaruh hajat kpdnya.

Kes ke 2:
●●●●●●●●

Kisahnya gadis yg berumur dlm lewat 20an ini telah tinggalkan keluarganya. Dan menetap bersama2 teman lelakinya tanpa ikatan yg sah. Gadis tsb sudah tidak memperdulikan ibubapanya dan keluarganya.. sanggup memaki hamun akan keluarganya. Padanya teman lelakinya adalah segala2nya.

Gadis ini bekerja dan habis duit gaji dan bukan barang kemasnya shj yg diberikan kpd teman lelakinya malah sanggup mencuri rantai emas ibu dan kakaknya utk diberikan kpd temannya. Dan teman lelakinya itu tidak bekerja !

Didapati gadis ini sudah beberapa kali menggugurkan kandungan hasil hubungan dgn temannya itu.

Kes ke 3
●●●●●●●●

Adalah Saka.

Seorang nenek berumur 80an didapati berkeadaan pelik oleh keluarganya dimana...
~ pasa sebelah siangnya beliau hanya terbaring tak bermaya. Berak kencing dlm pampers. Makan minum disuap..
Pokoknya nenek tsb seorang yg amat lemah utk bergerak.

~ Namun pd sebelah malamnya dlm pukul 3.00am nenek tsb akan merangkak ke dapur dan menyelongkar periuk belangga almari bagai. Sekiranya ada makanan semuanya akan dihabiskan dgn begitu shj.. namun caranya bertambah pelik..!
Nenek tsb makan sambil bertinggung dlm keadaan gelap (tanpa lampu)

# Kaedah yg saya pakai hanyalah dgn rukyah. Dan dgn menggunakan Limau nipis atau purut (saka) dan garam kasar (ibu garam) dan daun bidara. Dan daun kelor (kalau ada). Teras kelor juga saya gunakan utk rendaman utk diberi minum setelah dirukyahkan.

# Insyaallah usaha dan ikhtiar dgn Yakin penuh kpd Allah mudah2an dimakhbulkan utk penyembuhan tsb.

Wallahualam.
Ust Amran Fadzil
Ahad 08.04.2018

Wednesday, 4 April 2018

Kerasukan

Malam td jam 2.30am (sel:03.04.2018) Aku dah tdo lelap tiba2 dikejutkan oleh seseorang.
Katanya jiran sebelah rumahnya seorang pemuda berusia dlm lingkungan 20an telah kerasukan dan mengamuk. 7 org tenaga lelaki dewasa digunakan utk menumpaskan pemuda tsb.

Sesampai dirumah tsb aku dapati kaki dan tangan pemuda tsb telah di ikat. Insyaallah dgn kaedah rawatan yg aku amalkan aku suruh mereka tanggalkan semua ikatan kaki dan tangan pemuda tsb. Mereka 7 org pemuda2 yg lain standby takut2 pemuda td mengamuk.

Alhamdulillah aku dpt merawat dgn tenang. Dan akhirnya pemuda itu pulih. Aku buat ramuan utk pemuda tsb mandi pd mlm itu juga... alhamdulillah. Dlm masa 30min kes selesai semuanya dgn izin Allah taala jua.

Monday, 19 February 2018

Sunday, 18 February 2018

Penerbitan Buku Ilmiah

Solat Anugerah Tuhan
(Jalan meraih keasyikan Solat)

Dapatkan info terbaru dari saya (Pustaka Tabut Sakinah

Antara kandungannya ;

1. Fahami tertib pd setiap rukun solat.

2. Bida'ah lazim yg diamalkan sejak dulu dan menjadi pegangan.
(Seolah2 benar pada syara' )

3. Memasuki zon solat dgn bermulanya niat..,

4. Perbezaan antara azam dan niat.

5. Berubahnya rukun solat tanpa disedari.

6. Keliru dalam takbiratul ihram dan menimbulkan was2.

7. Tertib bacaan Al Fatihah

8. Kekeliruan bacaan sholawat

9. Hat wajib terima syahadah dan syarat sah syahadah

10. Kelebihan wudhuk dan lain2.

Harga ;

Semenanjung Malaysia :-
rm25 dan post rm5

Sabah Serawak :-
rm30 dan post rm7

# whatsapp : ust Amran
0173383698 / 0105200830

Acc bank BSN : 14171-41-00000106-9

Utk info lanjut:
http://pustakatabutsakinah.blogspot.my

Terima Kasih
Jazakallah..

Saturday, 7 October 2017

Merawat pesakit Saka keturunan.

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak bercerita tentang gadis berumur 19 tahun yg baru didekati oleh saka keturunannya.

Tinggal di Shah Alam dgn rakan2 sewanya. Kebanyakkan dr mereka berasal dr negeri Kelantan.

Dipendekkan cerita di rumah sewa baru (teres 2 tingkat) mereka seringkali berlaku kejadian2 pelik...
Spt..  ada org mandi dlm blk air sedangkan pd masa itu semuanya diruang tamu atau didlm blk masing2. Kadang2 ada bunyi ketuk pintu dan suara memberi salam diluar rumah spt rakan rumah sewa mereka. Tp rakan yg sebenarnya sudah nyenyak tdo. Dan pelbagai lg perkara2 pelik kalau nak dicatatkan disini.

Baiklah..  maka diatas kejadian2 pelik tsb,adalah seorang gadis ni berusia 19 th yg baru beberapa bulan menetap disitu merasa tidak sedap hati. Sehinggalah berlakunya perkara yg diluar jangkaan dimana gadis tsb bertukar menjadi aggresif dan mempunyai suara yg lain. Kecohlah sekejap dirumah sewa tsb.

Setelah beberapa perawat yg dibawa utk dirawati akhirnya datang juga kpd saya.
Dipendekan cerita selepas solat Jumaat mereka pun dtg dlm jam 4.00pm.

Alhamdulillah kerja selesai dlm jam 8.00pm. Semuanya atas izin Allah jua.
(Ada perjanjian yg terpaksa diputuskan dan ada syarat yg dikenakan) Ini kerana kita adalah makhluk yg paling istimewa ciptaan yg Esa. Kita adalah Khalifah diatas mukabumi ini.

Saya letakan... La hawlawala qhuwatailla billahila'liyyil a'zimm.

Wallahualam....
MMW™ (ust Amran)

Wednesday, 27 September 2017

Memulih rumah banglo berpuaka di Ampang

Ptg ini aku dijemput utk memulihkan dan memagar sebuah banglo yg dikatakan berpuaka di Ampang. Penghuninya telah meninggalkan rumah tsb kerana sering terjadi perkara2 pelik. Setelah beberapa tahun mereka ingin kembali menetap di banglo tsb.

Aku dipanggil utk memulihkan kembali rumah banglo tsb. Aku mulai ritual selepas magrib td. Alhamdulillah berkat guru2ku yg barsanat dan berabitah wasilahnya sampai kpd rasullullah saw dan dgn tangan2 dan tentera2 ghoib yg sentiasa bersama membantuku kerja2ku menjadi lebih baik atas izin Allah subhanawataala.

Malam ini aku tdo disini keseorangan utk mempastikan yg banglo ini telah pulih sepenuhnya.
"Hancur musnah makhluk halus jin iblis dan syaitan sptmana garam hancur kena air mutlak"
Berkat guru dan wali.......

La hawlawala qhuwataillabilla hila'liyyila'zimm..

Ust Amran (perawat)

Friday, 25 August 2017

SAKA KETURUNAN

Dalam pengalaman saya sebagai perawat Alternatif Islam, saya ada pengalaman lebih drp 10 kes membuang saka keturunan.

Dalam banyak2 penyakit saka ini, saka keturunanlah yg paling degil utk keluar. Berkemungkinan atas sb perjanjian datuk nenek dahulu atau pun atas pelbagai2 alasan lain yg kekadang kita juga sukar utk mengetahuinya.

Apatah lagi sekiranya pesakit tsb merasai sayang utk membuang saka tsb atas pelbagai2 alasan. Yg saya pasti salah satunya kerana dirasa 'SAKA KETURUNANNYA' itu dpt menjaganya dan keluarganya.
Pelik ❗

Saka amat senang (bagi saya..) utk dikeluarkan sekiranya tuan punya badan tsb bersedia dan ikhlas dan dgn keadaan redzo utk melepaskannya.
Mulut belafaz menyamai niat di hati.. insyaallah.

Namun agak sukar bagi saya sekiranya lafaz dan niat dihati berlawanan.
Contohnya...

~ lafaz dimulut memang ikhlas dan redzo nak buangkan saka tsb.
~ namun didalam hati ada rasa kasih dan ada rasa sayang nak berpisah dgn saka tsb.

# Dalam kes ini memang saya atau mana2 perawat tidak akan dpt membuang saka tsb. Kadang2 perawat hanya kena 'Tipu' ja dgn jin atau saka tsb. Konon2nya dah keluar....

# Kena ingat bahawa makhluk Jin ini tersangatlah bijak utk memanipulasikan otak / fikiran manusia. Manusia mudah tertipu sebenarnya.

Jadi bagaimanakah utk mengetahui dan mengenal pasti bahawa yg saka tsb telah keluar dr badan pesakit tsb..❗

Insyaallah..
Spt yg saya sebutkan diatas td, sekiranya pesakit td dgn ikhlas dan redzo menyamai dgn niat dihati yg sama,insyaallah.
Perubahannya kita akan dpt lihat dlm masa 1 minggu dr tarikh dia dirawat. Hanya keluarganya shj yg lebih mengetahui akan perubahan tsb.
~ kes ( keadaannya) sebelum dirawat dan selepas dirawat.

#  Kepada mereka2 yg rasa sayang kpd saka keturunan atau apa shj, silalah membuang saka2 tsb. Takada faedahnya menyimpan jin-jin tsb.
Ada yg belajar agama tinggi pun masih ada menyimpan saka.Saya tak pasti fokus mereka sebenarnya.
~ yg menjaga kita adalah Allah dan rasul bukannya saka2 atau jin2 tsb ❗

Sekian dr saya..
Sekiranya ada salah dan silap maafkan saya. Yg buruk itu semuanya dr saya dan yg baik itu aemuanya dr Allah belaka.
Wallahualam..

Wabillahitaufiq wassallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

ust Amran