Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
SAW, ahli keluarganya, ahli-ahli bait serta para sahabat yang berjuang di
sisi Baginda SAW serta para ulama yang menegakkan agama Allah SWT.
Pusat Rawatan Islam Al-Wangsa merupakan satu pusat perawatan yang menawarkan beberapa rawatan alternatif bagi penyakit-penyakit fizikal dan spiritual. Kami menyediak perkhidmatan merawat dan memulihkan mereka yang berhadapan dengan masalah mistik seperti sihir, santau, gangguan jin, memulikan semangat bagi mereka yang lemah semangat, penyakit yang berkaitan dengan saka, membuang saka, pelalau serta lain-lain penyakit fizikal dan spiritual lainnya. Kaedah rawatan yang digunakan di pusat rawatan kami adalah menggunaka pendekatan Islam yakni menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran serta doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Kami di Pusat Rawatan Islam Al-Wangsa sentiasa berusaha untuk membantu dalam rawatan kami tetapi perlulah diingatkan bahawa kuasa penyembuh mutlak hanya terletak pada Allah Yang Maha Penyembuh.
“Dan
apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku.”
Surah Asy-Syu’araa’ [26:80]
Surah Asy-Syu’araa’ [26:80]
0 comments:
Post a Comment