https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=657810654428612&id=231957593680589
Thursday, 15 June 2017
Wednesday, 14 June 2017
Charge dlm rawatan Alternatif Islam
ASSALAMUALAIKUM,SALAM CERIA DAN SALAM KASIH SAYANG.
*Saya sering ditanyai mengenai dgn upah dalam merawat.
Ingin saya nyatakan disini mengenai isu2 tersebut. Sesiapa sahaja pesakit yg menalipon saya atau dtg berjumpa dgn saya saya akan tanya, "sudahkah tuan atau puan pergi ke pakar yakni DR utk memeriksa penyakit tuan ataupun puan"
- Jawapan selalunya berbunyi begini:
"ya saya sudah pergi namun Dr tak dapat mengenalpasti penyakit saya, dah bermacam2 Dr pakar saya pergi namun semuanya tak tahu apa punca penyakit saya dan ada Dr melayu sarankan agar saya berjumpa dengan [Pakar2 Perawatan Islam]...
Kalu bunyinya begitu barulah saya akan berani mulakan perawatan saya. Akan tetapi kena ingat.....!
* yg tuan dan puan jumpa inipun adalah juga DR PAKAR yg menguasai bidang Perawatan Islam.
faham tu...... :-)
* Tahukah tuan maupun puan bahawa kekadang ditengah2 merawat "perawat/ ustaz" tersebut akan diSERANG secara bathin oleh 'Tukang Sihir' ataupun Jin2 suruhan.....
* Tahukah tuan dan puan bahawa setelah kalian membuat perawatan dan balik kerumah dan tidur nyenyak, kami disini terpaksa melawan balik segala sihir,santau atau saka yg dihantar kpd kalian. Pernah terfikirkah itu semua...
* Kalian telah bertahun2 sakit,menderita dan sengsara.. dgn Izin Allah Taala dan keserasian berobat dgn saya atau perawat lainnya,dgn sekelip mata atau tak mengambil masa yg panjang penyakit kalian sembuh...(atas Izin Allah)
# Dengan akal yg waras dan bijaksana adakah kalian akan memberi "upah" tadi dgn ayat " seikhlas yg mampu"
Tergamakkah kalian bersifat begitu....!
Kadang2 saya ada kes yg memberi rm15 utk sihir yg dah bertahun dialaminya.. 2 jam hingga 3 jam merawat.Penat jangan cakaplah ( walaupun dah terbentang harga dan upahnya di whiteboard besar)
* Kalian boleh sihat, kami perawat beroleh 'sakit'
# Saya tak pernah menghadapi masalah dgn pesakit2 berbangsa asing yg datang...
masalahnya dengan pesakit berbangsa Melayu Islam kita sendiri..
# Tambahan pula sekiranya inilah punca pendapatan kami sebagai Perawat Islam...
- komitmen terhadap rumahtangga dan keperluan hidup.
Sesungguhnya kami Perawat Islam semua amatlah kalian perlukan,tambahan dunia sekarang dah bermacam2 hal (akhir zaman)
Fenomena sihir menyihir,santau menyantau,pelampau dll kian menjadi2 sejak akhir2 ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hukum menetapkan dan mengambil upah merawat pesakit dengan kaedah yang tidak bertentangan dengan Islam adalah HARUS. Perkara ini telah tsabit dalam sunnah Rasulullah SAW dan atsar As-Sahabah..Sementara hukum membayarnya setelah berlaku persetujuan diantara pihak pesakit dan perawat adalah WAJIB.
Hadis 1
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; bahawa pada suatu ketika beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. telah datang ke sebuah perkampungan Arab, akan tetapi penduduk kampung itu tidak menerima kedatangan para sahabat tersebut, tiba-tiba ketua kampung itu disengat ular, (lalu wakil penduduk kampung berjumpa dengan para sahabat tersebut) dan bertanya: Adakah kamu mempunyai ubat penawar sengatan ular atau adakah di antara kalian ahli perubatan?, para sahabat menjawab: Kalian telah tidak menerima kedatangan kami di kampung ini, kami tidak akan melakukannya sehingga kalian membayar upah untuk kami. Akhirnya mereka berjanji akan memberikan beberapa ekor kambing sebagai upahnya. Kemudian salah seorang sahabat membaca Surah al-Fatihah, kemudian mengeluarkan sedikit ludah (diletakkan di bahagian sakit), dengan serta merta ketua kampung sembuh, kemudian mereka membawa kambing-kambing kepada para sahabat. Para sahabat tersebut berkata: Jangan kita ambil upah ini, sehingga kita bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w, kemudian mereka menanyakannya, lalu Rasulullah tersenyum dan berkata: Ketahuilah bahawa Surah al-Fatihah itu adalah ubat penawar, ambillah upah itu dan bagi aku sedikit."
[H.R Imam Al-Bukhari]
Hadis 2
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? Kerana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah.
[ Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah ]. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: "Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi"
Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku.
[H.R. Imam Muslim]
Riwayat
Diceritakan kisah serombongan sahabat Rasulullah s.a.w. bermusafir hingga sampai di sebuah perkampungan. Mereka meminta untuk menjadi tetamu penduduk kampung, namun orang kampung tidak bersedia. Mereka (para sahabat) berkhemah di luar kampung tersebut. ditkdirkan Allah s.w.t. , penghulu kampung dipatuk ular. Satu riwayat menyebut terkena gangguan jin. Mereka lalu datang meminta pertolongan sahabat untuk merawat sakit tersebut. Seorang Sahabat menyahut bersedia untuk merawat (menjampi). [ Namun beliau mensyaratkan agar dibayar sebanyak 30 ekor kambing ]
Apabila orang kampung bersetuju maka beliau pun merawat dengan mebacakan surah al-Fatihah. Lelaki tersebut sembuh.
Sahabat tersebut diberikan 30 ekor kambing seperti yang dijanjikan. Sahabat itu ingin mengagihkan hasil yang diperolehinya dariapa merawat tetapi para Sahabat yang lain menolak sehinggalah [ dijelaskan hukumnya oleh Nabi s.a.w ]
Apabila tiba di Madinah Nabi s.a.w. menyetujui apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut. Baginda bersabda: "Bagaiamana kamu tahu bahawa surah Fatihah itu adalah satu jampi? Agihkan kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Beberapa pendapat Ulamak Mu'tabar berkaitan hai ini.
1. Berkata Ibn Qudamah dalam kitab Mughni Muhtaj : Adapun mengambil upah rukyah (menjampi) maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan HARUS dan beliau sendiri mengatakan TIDAK MENGAPA
2. Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitab Feqh As-Sirah: Malik, Syafie, Ahmad, Ishak dan Abu Thaur berpendapat HARUS mengambil upah rawatan, manakala Abu Hanafiah memperincikannya iaitu HARAM mengambil upah bagi MENGAJAR AL-QURAN dan HARUS PULA UNTUK MERUQYAH.
3. Kata Ibn Hazam dalam kitab Al-Mahalli: Upah rukyah (menjampi) adalah HARUS
# Cerita diatas pada masa itu, kena gigitan binatang berbisa pun kena bayar dgn Kambing ( beberapa ekor / 30 ekor ).
Skrg kalu aku letak harga kambing mau 'pengsan' pesakit tu.. kann..
Kalu g Dr pakar berapa ribu pun tak kisah..
Sekian,
Maafkan saya diatas apa jua kesalahan yg disedari maupun tidak.
Merong Maha Wangsa :
selasa 24Mac 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)