Sunday, 30 July 2017

Merawat saka keturunan.

Seorang surirumah yg muda yg belum mempunyai anak telah mengalami gangguan pelik.
Perkara ini telah disedari oleh suaminya kerana didapati isterinya skrg mengalami perubahan. Suka menyendiri,bercakap sendiri dan cepat sensitif dan lekas panas baran.Hubungan dlm rumahtangga menjadi seringkali panas. Menjadi benci apabila melihat suami. Dll yg mengganggu hubungan suami isteri tsb.

Insyallah dgn izin Allah saya cuba membantu utk memulihkan pesakit tsb. Semoga Allah dan rasul  dan guru sentiasa bersama saya.

Insyallah nanti saya sambung lagi coretan kisah pesakit ini.
Wassalam.

Tuesday, 11 July 2017

Rawatan SaKa Rimau.

Malam td saya merawat 1 keluarga berasal dr Ng 9.
Yg kakaknya mempunyai saja harimau keturunan.

Yg adiknya (seorang OKU)pula mempunyai masalah dalaman usus dan batuk2 yg berterusan.
Doktor pun dapat kepastian apa punca sakit dan penyakitnya.

Proses perawatan berjalan dalam beberapa jam dr jam 10.00 pm sampai lewat pagi. Masuk kali ini rasanya kali ke 7 rasanya saya merawat saka harimau. Spt biasa pesakit akan beraksi spt harimau dgn jalan merangkak persis si belang. Dan ngaumannya agak dalam. Cuma kali ini ada kelihatan mcm misai atau bekas dipipi kiri kanan pesakit.

Alhamdulillah rimau itu dpt ditundukkan dgn izin Allah jua. Insyaallah mudah2an saka itu setelah keluar tidak dtg2 lg. Sepengetahuan saya dlm kesemua kes pesakit saka harimau yg saya rawati dlm nisbah 10 kes, 6 kes telah sembuh spt sediakala, yg 4 lg masih dan sedang dirawat. alhamdulillah.

Apa2 pun kita mohon dan berdoa kpd Allah Subhanawataala agar memberikan kesembuhan dgn kadar segera.
Allah itu Maha Penyembuh.
Tiada kuasa lain yg dapat menandingi kuasa Allah Taala.

Saya tidaklah sehebat mana dan tidaklah sealim atau berilmuan tinggi. Namun Allah dan rasul telah beserta dlm menolong kerja buat saya. Berkat guru2 mursyid dan murobbi yg saya pegang kukuh,insyaallah saya pasakkan 'KEYAKINAN' yg amat tinggi.

'La hawlawalaqhuwataillabilla hila'liyyilazim'

Kita berusaha dan berikhtiar dan selebihnya kita serahkan kpd Allah.
Wallahualam.

Wassalam..
MMW