Dalam pengalaman saya sebagai perawat Alternatif Islam, saya ada pengalaman lebih drp 10 kes membuang saka keturunan.
Dalam banyak2 penyakit saka ini, saka keturunanlah yg paling degil utk keluar. Berkemungkinan atas sb perjanjian datuk nenek dahulu atau pun atas pelbagai2 alasan lain yg kekadang kita juga sukar utk mengetahuinya.
Apatah lagi sekiranya pesakit tsb merasai sayang utk membuang saka tsb atas pelbagai2 alasan. Yg saya pasti salah satunya kerana dirasa 'SAKA KETURUNANNYA' itu dpt menjaganya dan keluarganya.
Pelik ❗
Saka amat senang (bagi saya..) utk dikeluarkan sekiranya tuan punya badan tsb bersedia dan ikhlas dan dgn keadaan redzo utk melepaskannya.
Mulut belafaz menyamai niat di hati.. insyaallah.
Namun agak sukar bagi saya sekiranya lafaz dan niat dihati berlawanan.
Contohnya...
~ lafaz dimulut memang ikhlas dan redzo nak buangkan saka tsb.
~ namun didalam hati ada rasa kasih dan ada rasa sayang nak berpisah dgn saka tsb.
# Dalam kes ini memang saya atau mana2 perawat tidak akan dpt membuang saka tsb. Kadang2 perawat hanya kena 'Tipu' ja dgn jin atau saka tsb. Konon2nya dah keluar....
# Kena ingat bahawa makhluk Jin ini tersangatlah bijak utk memanipulasikan otak / fikiran manusia. Manusia mudah tertipu sebenarnya.
Jadi bagaimanakah utk mengetahui dan mengenal pasti bahawa yg saka tsb telah keluar dr badan pesakit tsb..❗
Insyaallah..
Spt yg saya sebutkan diatas td, sekiranya pesakit td dgn ikhlas dan redzo menyamai dgn niat dihati yg sama,insyaallah.
Perubahannya kita akan dpt lihat dlm masa 1 minggu dr tarikh dia dirawat. Hanya keluarganya shj yg lebih mengetahui akan perubahan tsb.
~ kes ( keadaannya) sebelum dirawat dan selepas dirawat.
# Kepada mereka2 yg rasa sayang kpd saka keturunan atau apa shj, silalah membuang saka2 tsb. Takada faedahnya menyimpan jin-jin tsb.
Ada yg belajar agama tinggi pun masih ada menyimpan saka.Saya tak pasti fokus mereka sebenarnya.
~ yg menjaga kita adalah Allah dan rasul bukannya saka2 atau jin2 tsb ❗
Sekian dr saya..
Sekiranya ada salah dan silap maafkan saya. Yg buruk itu semuanya dr saya dan yg baik itu aemuanya dr Allah belaka.
Wallahualam..
Wabillahitaufiq wassallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
ust Amran