Hari ini start jam 10.00am aku mulai merawat beberapa orang yg terkena penyakit sihir dan saka.
Sihir :
●●●●●●
Kes 1 :
Seorang gadis berumur 20an terkena 'ilmu pelalau'
Keadaan mentalnya dikatakan selalu berkurung diri dlm bilik. Tak makan dan minum dan mandi. Akan lari keluar rumah sekiranya terlepas dr kawalan keluarga.
Kejadian dikatakan selepas beliau menolak pinangan seorang lelaki yg menaruh hajat kpdnya.
Kes ke 2:
●●●●●●●●
Kisahnya gadis yg berumur dlm lewat 20an ini telah tinggalkan keluarganya. Dan menetap bersama2 teman lelakinya tanpa ikatan yg sah. Gadis tsb sudah tidak memperdulikan ibubapanya dan keluarganya.. sanggup memaki hamun akan keluarganya. Padanya teman lelakinya adalah segala2nya.
Gadis ini bekerja dan habis duit gaji dan bukan barang kemasnya shj yg diberikan kpd teman lelakinya malah sanggup mencuri rantai emas ibu dan kakaknya utk diberikan kpd temannya. Dan teman lelakinya itu tidak bekerja !
Didapati gadis ini sudah beberapa kali menggugurkan kandungan hasil hubungan dgn temannya itu.
Kes ke 3
●●●●●●●●
Adalah Saka.
Seorang nenek berumur 80an didapati berkeadaan pelik oleh keluarganya dimana...
~ pasa sebelah siangnya beliau hanya terbaring tak bermaya. Berak kencing dlm pampers. Makan minum disuap..
Pokoknya nenek tsb seorang yg amat lemah utk bergerak.
~ Namun pd sebelah malamnya dlm pukul 3.00am nenek tsb akan merangkak ke dapur dan menyelongkar periuk belangga almari bagai. Sekiranya ada makanan semuanya akan dihabiskan dgn begitu shj.. namun caranya bertambah pelik..!
Nenek tsb makan sambil bertinggung dlm keadaan gelap (tanpa lampu)
# Kaedah yg saya pakai hanyalah dgn rukyah. Dan dgn menggunakan Limau nipis atau purut (saka) dan garam kasar (ibu garam) dan daun bidara. Dan daun kelor (kalau ada). Teras kelor juga saya gunakan utk rendaman utk diberi minum setelah dirukyahkan.
# Insyaallah usaha dan ikhtiar dgn Yakin penuh kpd Allah mudah2an dimakhbulkan utk penyembuhan tsb.
Wallahualam.
Ust Amran Fadzil
Ahad 08.04.2018
0 comments:
Post a Comment