Tuesday 8 October 2019

Perawatan yg berterusan..

Salamunalaik...
Salam kasih sayang kpd semua muslimin & muslimat yg dirahmati Allah.

Ketemu kita lagi diruangan ini.
Ingin saya coretkan beberapa kes rawatan saya sepanjang tahun 2019 ini.

Ada beberapa kes yg berat melibatkan SAKA & SUSUK disini selain drp kws2 biasa spt kerasukan dan hal rumahtangga.

Namun tarikhnya saya lupa utk catitkan.
Mungkin sb faktor2 kekangan waktu dan faktor2 kesihatan saya yg tak sihat ( mungkin sb di attact atau sebaliknya )
wallahu alam.

1. Kes pertama:
Merawat dan membuang saka keturunan yg mengganggu tubuh pesakit perempuan.

Bertempat di sebuah kondo mewah di TTDI.

Pesakit yg pada awalnya menyangka atas perbuatan sihir manusia yg ditujukan kpdnya atas sb rasa irihati dan busuk hati sb kedudukannya yg tinggi di sebuah compy yg besar.

Namun sangkaannya meleset pabila saya mula membuat rawatan.
Saka atok neneknya yg menjadi2 ygmana konon2nya muncul utk 'protect' pesakit drp sihir2 luar..

Bila diselidiki neneknya dulu adalah seorang bidan kampung. Dan atok kpd atoknya adalah bomoh terkenal pd era th 50an.

● Saya pendekkan cerita setelah bahan2 ritual disediakan maka upacara mengeluar dan menghantar kembali saka tsb saya lakukan.

Alhamdu lillah setelah 5jam kerjaan tsb maka selesailah sudah.

Kes 2 :
Kes susuk...

Seorang wanita berumur lewat 30an juga merupakan isteri kpd seorang vvip (mungkin telah insaf setelah mengikuti kelas2 agama) telah menalipon saya utk setting appt utk dtg merawat.

Apabila tarikhnya sampai tepat pd jam yg dijanjikan wanita tsb datang ke klinik saya.

Persediaan awal telah saya sediakan utk upacara pembuangan susuk tsb.
Rawatan mengambil masa selama 3 jam dan alhamdu lillah berjaya.

Namun wanita ini menjerit spt histeria ketika saya mula membuang susuk2 tsb...
Airmatanya spt air paip mencurah2 sb kesakitan.
i. dimuka ( 2 di kening, 2 dipp dan 1 di hidung )

ii. 2 di tetek kiri dan kanannya.

iii. 2 di bhgn alat sulitnya.

● Katanya dia ambil di Indonesia dgn harga ribuan ringgit.

★ Alhamdu lillah kea selesai.

Kes 3 :
Anak gadis remaja yg liar sllu lari dr rumah dan suka berfoya2.
Suka melawan cakap ibubapa.

Bila suruh dtg kesini remaja tsb taknak.

Saya suruh ibubapa remaja tsb membawa
i. sekeping gambar remaja tsb dan ditulis nama penuh bt ibu dibelakang photo tsb.
ii. Beras, gula,kopi atau apa shj yg budak tsb makan minum dirumah yg mana ibunya sediakan.
iii. Sepatutnya saya nak kasi mandi ja,tp remaja tsb sohih taknak.

● dipendekkan cerita seminggu kmdn ibu remaja tsb telah menalipon saya dan menyatakan yg anak gadis remajanya telah 'lekat' kat rumah dan dah tak keluar dah.
Syukur alhamdu lillah..

Kes 4 :

Juga kesbremaja lelaki yg menjadi liar sb pergaulan dgn kawan2 (yg tersalah pilih mungkin )

Terlibat dgn penagihan syabu pula.
Sllu bertindak aggresif kiranya ibubapanya tak beri duit.
Habis di selongkar bilik laci bagai utk dptkan duit.

● ibubapa call dan saya setting date dan masa.

Semua bahan2 yg saya minta dibawanya spt..
i. Beras
ii. Gula,kopi,teh bagai tmsklah makanan2 ringan yg disukainya.
iii. Buah kelapa muda 2 biji
# mandian mmg pesakit tu payahlah. Sllunya begitu..

★ pendekkan cerita setelah dibuat alhamdu lillah seminggu selepas itu saya diberitahu oleh ibunya yg anaknya dah ok.

★ sebulan selepas itu ibunya menalipon lg..
Kali ini lain pula bunyinya..

"Ust boleh buat tak kasi anak saya ok sikit.."

Saya tya kenapa..  masih tak berubah ka...

"Tak ust..  masalahnya dia asyik dok rumah ja..  berkurung dlm bilik. Nak ajak keluar p jalan2 pun dia tak nak "

Saya...  "eerre.....  dia murung ker"

"Tak ust..   dia makan lalu jer.. cuma dia tak cakap banyak. Mengaji selalu ( baca quran ) solat tak tinggal.."

Saya ..  hahhh...😊

Saya cakap itu dah oklah..  takkan awak nak dia jd gengster lagi. Org dah insaf bersykurlah..

✩ macam2 hal..

[ nanti bersambung lagi.. ]