Monday, 4 May 2020

Di jemput ke kondo dlmasa PKP

Malam td jam 9.00pm (isn : 04.05.2020), saya telah dijemput utk merawat pesakit perempuan yg dikatakan merasuk meracau2.
Akibat tdk dapat dikawal akan pergerakkan aggresifnya lalu keluarganya telah dtg menjemput saya utk merawat.

Saya sememangnya dlm tempoh PKP ini batal semua appointment rawatan saya thdp pesakit2. 
Ini kerana saya pun takut di jangkti oleh virus convid19 ini.
Yalah....  Ilmu tangkap virus ni saya belum belajar lagi..😁

Tp malam td, parents pesakit telah merayu2 sambil menangis2 minta tolong. Sb doktor perubatan moden pun tak boleh buat apa2.

Lagi satu pesakit ni wanita muda lak.... Kesian saya bertambah2 😊

Pendekkan cerita setelah sampai ke kondo tsb saya terus merawat dlm tempoh 2 jam juga.
Alhamdu lillah meadaan pulih spt biasa/ normal kembali.
Namun akan ada rawatan susulan nanti. 
Mereka kena sesiakan bahan2 dan dtg ke klinik saya nanti. 

Massage of the story..

Bulan puasa pun setan dalam badan pun tetap ada...
Kalau gidak takkan ada orang yg tak berpuasa kan.. 😁
Yg di ikat adalah yg berkeliaran kat luar....  
La hawlawala qhuwatailla billa hil a'liyyil a'zimm
Wallahu alam.

Diucapkan SELAMAT BERUASA RAMADHAN 1441H  2020



Monday, 17 February 2020

Merawat pesakit (guru) yg kena sihir 15.02.2020 to 17.02.2020

Mulai merawat seorang pesakit ( seorang pendidik) yg kena santau.

Berbulan lamanya dia menderita sakit seluruh tubuh
Ada benda yg bergerak2 didlm tubuhnya.
Di kepala terasa ada ulat2 keluar..
Di kakinya menjadi bengkak dgn tiba2 dan menjadi buruk..
Sehingga kulit kaki menggelupas hitam dan menjadi busuk.
Didapati ada ulat2 yg keluar dr kakinya juga di tangannya.

[ namun itu hanya dr penglihatannya dan perasaannya shj. Org lain tak nampak ]
Namun kakinya mmg zahir nampak buruk.

Beberapa kali nak dtg lpd saya namun ada shj halang galangnya.

Alhamdu lillah setelah dtg kpd saya di tgh2 malam, maka saya mulai merawatinya.

Di pendekkan cerita, setelah 3 kali merawat alhamdu lillah 80% sembuh. Yg lain itu hanya perasaan dan mindanya shj yg kena perbetulkan..  setting tak ada sakit dan ulat2..

● Sihir dan Santau di sekolah pun ada...  Jgn tak tahu !
Ianya di mana2.

Insaflah wahai manusia..  
Kuatkanlah Iman kamu.
Jauhilah drp melakukan perkara2 mungkar dan syiriq.

La hawlawala qhuwatailla billa hil a'liyyil a'zim.

Sekian

Dato Seri Pawang Di Raja 
PA Long Amran

Saturday, 15 February 2020

Perawatan Islam Al Wangsa

Assalamualaikum wbh.
Salam sejahtera kpd semua..

Alhamdulillah kita masih lg diberikan kesempatan utk meneruskan kehidupan diatas mukabumi ini.

Terlebih dahulu saya ingin memohon ribuan kemaafan kiranya ada salah silap saya pd setiap penulisan saya ataupun dr perlakuan saya diluar maya tika kalian dtg mendapatkan rawatan dari saya ataupun tika berjumpa diluar.

Sejak Jan 2020 ini, saya banyak didatangi pesakit2 yg mempunyai masalah2 pelik spt kemurungan dan 'down' akibat masalah kegawatan ekonomi rumahtangga ( pelik bg saya.. )
ii. Masalah taksub kpd perawat dimana...   Apa shj yg berlaku dlm kehidupan harian semuanya adalah disebabkan sihir ( org sakit hati )
contoh..
Belalang masuk rumah itu pelesit..
Kumbang masuk rumah itu dikatakan ada org hantar sihir.
Kereta kerap rosak itu pun kena sihir..
Anak2 malas ke sekolah itu pun sihir..
eeehhh mcm2lah..

iii. Sllu stress pun dikatakan sihir.
Bila di selidiki rupa2nya pesakit (isteri) sllu mengalami stress atas sb pergaduhan dan pertengkaran dgn si suami hari2.
( si suami kerja dan income tak menentu. Belanja hidup rumahtangga semua isteri yg tanggung tmsklah anak2 dan sekolah anak2. Si suami makan tdo dan kerja tak seberapa. Tp Ego tinggi dan tak pernah beralah)
# pjg ceritanya...
iv. Paling menarik ialah ada ibu tunggal yg berumur 60++ ( dah ada anak cucu pun ) minta saya buat mandi bunga dan buatkan pengasih. Kononnya telah berkenan dan jatuh hati dgn seorang duda berusia awal 40an.
Ahh nenek ni....  Nak gelak pun ada aku.

Mcm2 lagilah permasalahan yg timbul.

Bab perihal Saka/Sihir/Santau itu sudah tllu banyak.

Sakit yg sudah bertahun2 dimana pergi jumpa doktor pakar pun, resultnya doktor ckp tdk ada apa2 masalah..
Namun sakit menjadi2 hingga hampir membawa maut.

Bila berjumpa perawat Islam, dgn izin Allah sembuh.
Bayaran utk servis 2~3 jam bayar rm20 ~rm50.
Korang sembuh, mlm2 kdg2 aku kena serang plk secara ghoib dgn jin2 dan tukang sihir.

Mmg ayat al quran free...
Ttp servis aku nak kira free jgk ka..!

FEES aku terpampang di whiteboard besar klinik rawatan tu. Kalu buta huruf kita boleh terangkan...😊

Inilah lumrah kehidupan seorang perawat Islam.

● Lama dah tak menulis ni, sb tak sempat.
Kdg2 terkejar2 ke seluruh semenanjung dlm misi perawatan. Bulan depan ke sabah dan serawak dan Brunei pula appt utk rawatan. 

Alhamdu lillah pesakit2 disana tdkada masalah langsung ttg bayaran rawatan aku.

Baiklah sudah sampau masanya utk aku beredar..
Insya allah semoga ketemu lagi.

Kiranya guan2 & puan2 ada masalah utk menfapatkan rawatan hubungi saya..
★ 017 3383 698
★ 010 5200 830

# Maaf saya tak terima/ layan sebarang permintaan kiranya minta saya "SCAN" sesuatu. 

Sekian
Wabillahitaufiq wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

DATO SERI PAWANG DI RAJA
MMW™