Monday, 1 August 2022

Soalan cepumas pesakit.

Pesakit berjumpa perawat Islam sllunya soalan sinonim mereka :: 👇

"Ust boleh sembuh kaa sakit saya"

"Ustaz gerenti sembuhkah penyakit saya"

"Ustaz boleh gerentikah masalah saya ni boleh selesai dan berhasil" 

📌 Soalan aku pula...

📍"Kenapa kamu tak pergi berjumpa dgn doktor pakar" 

📍"Doktor klinikal mmg sllu gerentikah yg kamu akan sembuh" 

📍"Penyakit Jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan dialisis itu semua doktor garenti sembuhkah setelah makan ubat berkoyan2 tu dan dialisis"

📍"Bypass jantung operation sllu berjayakah.
Dan kalu berjaya berapa lama boleh hidup" 
[ Ini kes bayar berpuluh dan ratus ribu ni ]
👉 Sedangkan rawatan Islam berapa sahaja kosnya. [ masih kemut dan nak ikhlas sllu ]


Inilah mentaliti pesakit2 terutamanya bangsa Melayu. 
Semua nak  bayar pakai 'ikhlas' 
Mmg mentaliti koyak dan jumud.


📌 Kena ingat kalian sbg umat Islam...
"Yang menyembuhkan penyakit itu adalah ALLAH TA'ALA"

👉 Kami perawat Islam dan doktor2 hanya berusaha dan berikhtiar di atas kemahiran ilmu yg kami belajar dan miliki. 

📍Aku samasekali tidak boleh melihat perkara ghoib.
Aku tdk boleh meneka dan melihat atau menilik masa hadapan.
Aku samasekali tidak boleh 'mendahului' tuhanku yg ESA.
Kerna aku adalah hambaNYA.
📌 La hawlawala qhuwataillabilla hila'liyyil a'zimm.
[ Tidak ada daya dan upaya kekuatan melainkan dgn pertolongan Allah jua ]

BERUSAHA & BERIKHTIAR

DSP ust Amran Fadzil.
MMW®❤️🇲🇾