Salam maal hijrah 1443 hijri.
Dalam sebulan ini alhamdu lillah klinik saya sering didatangi oleh pesakit2 mistik yg memerlukan perkhidmatan saya.
Insya allah saya usaha dan ikhtiar semampu saya dgn apa ilmu saya yg ada.
Masalah sihir, santau dan saka sudah menjadi lumrah dan menjadi2 di akhir zaman ini.
Tidak kurang juga yg meminta pelaris perniagaan dan ada juga petua dan rawatan utk menyelamatkan rumahtangga yg bergoyang dikala pendamik C19 yg melanda kini.
Dalam masa 2 tahun PKP ini berlaku, pelbagai masalah ekonomi dan sosial telah berlaku dlm rumahtangga.
( Saya berkisar kpd alam rumahtangga shj )
Pabila si suami kehilangan pekerjaan ini menambahkan kebuntuan keperitan dan tsunami kpd kebahgiaan rumahtangga yg dibina.
Kdg2 sehingga melibatkan perceraian..
Sedih kan....
Ada juga kes ingin membunuh diri dan ada yg hampir mental.
Bukan bangsa lain tetapi bangsa melayu kita yg beragama Islam sendiri.
Allahu akbar.
Alhamdu lillah sbg NGO dgn pertubuhan saya sendiri, bantuan sentiasa saya berikan semampu ada. Saya ada beberapa 'funder' yg terlibat dlm menjayakan kerjabuat ini.
Ok baiklah.....
Saya ingin memberikan beberapa tips kpd semua yg membaca ruangan ini.
📌 Kita dlm keadaan pendamik ini musti terasa stress, tertekan dan kdg2 lemah lesu tubuh badan.
Dan tika inilah kdg2nya terdengar dan terikut hasutan iblis utk merosakkan dan menjahanamkan aqhidah kita.
📍 Jadi apakah yg perlu kita buat sbg usaha dan ikhtiar kita selain drp solat dan amalan2 zikir dan meditasi.
Tipsnya..
📍 Mandilah seminggu sekali dgn air garam (kasar) dicampur limau nipis.
📍 Boleh juga dicampur dgn limau nipis + garam kasar + daun bidara.
📍 Boleh juga mandi ais kiub + limau nipis + garam kasar
👉 Garam kasar dpt kristal tu.
👉 Limau nipis yg besar2
👉 Daun bidara yg fresh sebaik2nya di blend dahulu.
👉 Limau purut boleh juga digunakan sekiranya nampak kronik. ( Sllunya limau purut saya gunakan utk mandian membuang SAKA )
📍 Kacau semua bahan2 tsb ikut lawan jam ( tawaf )
📍 Baca bismillah, sholawat, syahadah 1 X setiap surah sbg permulaan.
📍 Baca fatihah 7X
📍 Baca al ikhlas 7X
📍 Baca al Falaq 7X
📍 Baca An Nas 7X
📍 Kmdn niat di dlm hati..
📍 Ya Allah...
Keluarkanlah segala penyakit zahir dan bathin dari dlm tubuhku.
📍 Ya Allah...
Sembuhkanlah segala penyakit zahir dan bathin dari dalam tubuhku.
📍 Ya Allah...
Perbetulkanlah seluruh urat, saraf, tulang , darah, daging, lemak didlm tubuhku.
📍 La hawlawala qhuwatailla billahil a'liyyik a'zimm.
[ Bacaan tsb dibaca sambil tangan rendam sampai siku didlm baldi tsb dan kacau ikut lawan jam / tawaf ]
Bertujuan utk sebatikan garam kasar td dan bahan2 lain dgn air tsb.
📌 Inilah air sebatian yg baik utk kita mandi.
Insya allah anada akan dapat kesegaran selepas mandi.
Anda akan terasa spt refresh kembali energy.
📌 Be mandianntsb membuang energy2 'Negetif' dlm tubuh badan kita. Insya allah.
Buat dgn Yakin kpd kalamullah, kata2 Allah, Firman Allah yakni Al Quranulkarim.
Itulah mukjizat besar yg Allah turunkan kpd kekasihnya rasulullah saw dan terus kpd umatnya.
Allah Maha Penyembuh.
Wassalam dari saya..
DS PAWANG DIRAJA
Muhammad Amran Fadzil
0 comments:
Post a Comment