Saturday, 23 October 2021

Rawatan mistik Nusantara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf kerana terlalu lama saya menyepikan diri dr penulisan di blog rawatan saya ini.

Alhamdu lillah sejak negara kita dilanda pendamik C19 ini kita telah melalui norma baharu yg mana kita tidak pernah terfikir selama ini. 

Pelbagai permasalahan yg melanda kpd kita semua. Dan kita tertekan dgn pelbagai masalah mendatang yg tidak terduga oleh kita.

Masalah hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan hidup malah ianya telah mengganggu kehidupan dan keharmonian didalam rumahtangga terutamanya.

Ramai yg mengalami stress dan ada yg sampai depress.
Sehingga menyebabkan masalah mental yg ketara.

Namun apalah daya kita semua..
Kerna satu (1) dunia mengalami permasalahan yg sama. 
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Baiklah..
Di sini ingin saya berkongsikan tentang perawatan saya ketika pendamik C19 melanda sejak march 2020 sehinggalah ke hari ini ( sab : 23.10.2021 )

Mulai bulan Julai 2020 dan sehingga kini pusat rawatan saya tidak putus2 yg datang utk mendapatkan rawatan.

Penyakit akhir zaman saperti ::.  
i. Sihir
ii. Santau
iii. Histeria dan kerasukkan (akibat terlalu stress dan pelbagai )
iv. Saka
vi. Putus kasih ( suami & isteri ) dan ( tunangan juga pasangan )
vii. Anak lari dr rumah
viii. Anak2 degil
ix. dan pelbagai2 masalah mistik yg tak terfikir dik akal.

La hawlawala qhuwqtailla billahil a'liyyil a'zimm.

Sesungguhnya kita tidak ada daya dan upaya dlm mengharungi semuanya itu.
Namun kpd Allah jua tempat kita bergantung harapan dan berdoa. 

Sungguh dan benar belaka...

Kadang2 saya pun tidak berupaya utk merawat semua penyakit terutamanya sihir dan santau.

Kenapa ?

Kadang2 sewaktu dalam tempoh perawatan saya, saya di attact dgn teruk sekali....
Al maklumlah hanya saya (seorang) yg merawat dan menentang beribu2 bala tentera jin2 tsb. Dulunya saya ada beberapa orang pengikut juga perawat yg merupakan juga anak murid saya.

Namun ianya tidaklah lama kerna menjadi seorang perawat Islam ini tidaklah menjamin pendapatan yg lumayan. Dan ianya mempunyai pelbagai risiko yg amat merbahaya kpd diri dan keluarga.
Justeru itu saya selesa membuat pekerjaan ini seorang. Tetapi amatlah berisiko.

Di 'attact' adalah satu (1) perkara yg pelik dan luarbiasa diterima akal oleh orang2 yg bukan didalam bidangnya.

Saya hanya memohon pertolongan kpd Allah subhanawata'la semata2.
Dan dgn istiqomah yg kuat berpegang kpd sanat dan rabitah wasilah kpd guru ke guru, dari tangan ke tangan waliyullah sampailah kpd Sultan aulia sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani sehinggalah kpd rasulullah saw. 

Inilah kenapa sllu saya lakukan tika merawat dlm mengambil sanat tersebut sehinggalah kpd baginda rasulullah saw. 
Allah bantu. 

Bukan seorang, malah beberapa orang guru yg saya talaqhi berhadapan secara berseorangan mengangkat syahadah dan mengambil sanat. Dan saya belajar sehingga khatam dan hazam lumat didlm dada rohani saya.
( Ini adalah sbhgn cerita saya yg dipendekkan dlm berguru )

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Minggu lepas saya telah berperang dgn ribuan jin2 dan tukang2 sihir di Kalimantan Indonesia.
Dan perkara ini telah di sohihkan oleh pesakit sendiri dimana penyakit (gangguan sihirnya itu telah pulih ) dan berita kematian tukang sihir itu telah di sahkan oleh rakan pesakit yg menziarahi penyihir tsb di pondok sana Kalimantan Indonesia ( kebetulan rakan pesakit tinggal dan bekerja di sana )

( Percaya atau tidak, itu tdk menjadi hal kpd mereka yg tidak mempercayainya  kerna dlm ilmu kerohanian dan kebathinan itu semua tidaklah mustahil berlaku )

Jangan tya saya bagaimana itu terjadi,  kerna itu adalah rahasia kepada yg empunya diri.
Carilah guru yg bersanat utk dibawa ke sana (ilmu)

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Hari ini sahaja ada 2 orang patient yg saya buang saka. Kedua2nya perempuan.
Hal 'saka' ratusan tahun kepunyaan nenek moyang mereka.
[ Tidak perlu saya mereka2 cerita, kerna rata2 pesakit dan ada diantara dikalangan saudara pesakit ada didlm fb saya sbg frenz dan mereka menjadi saksi pada setiap rawatan saya ]
Dan kiranya tidak benar maka tentulah senang2 mereka menempelak 'pembohongan' saya ini.

Kita tak tahu datuk nenek kita ratusan tahun dahulu bersahabat dgn jin2 atas tujuan ::

 i. utk menjaga kampung halaman.
ii. Memungar hutan tebal utk dijadikan kampung halaman.
iii. Menjaga dan mengerjakan kebun, ladang dan sawah.
iv. Dan perjanjian terakhir adalah supaya 'menjaga anak cucu' sampai akhirat. 
( Ini yg masalah besar tanpa disedari oleh nenek moyang kita dahulu )

* Sebab kunci dan bukanya ada pada mereka. Dan bila mereka meninggal maka, anak cucu cicit tidak tahu apa2 terus menerimanya melalui 'mimpi' 

Simtom menerima saka melalui Mimpi2 ::
Wanita :

i. Mimpi menyusu bayi
ii. Mimpi mengendong bayi
iii. Mimpi bermain dan di kelilinggi oleh kanak2
iv. Mimpi menerima persalinan pakaian
v. Mimpi menerima rantai atau gelang emas
vi. Mimpi ada Harimau di kiri dan kanan atau di sekeliling atau berhadapan
vii. Mimpi ular Emas atau Hitam yg duduk berdiri panggung dihadapan kita spt menunggu arahan. 
- Atau ular2 tsb duduk di atas singgahsana.
- tidur sllu mengetap gigi
Dll...

Lelaki ::

i. Mimpi bersilat dan berjabat tangan dgn seseorang
ii. Mimpi menerima Keris, lembing, tombak atau pedang
iii. Mimpi bermain dgn budak2 di sekeliling
iv. Mimpi Harimau di kiri dan kanannya.
- tidur sllu mengetap gigi
v. Dll

Ini adalah di antara sintom2nya dlm menerima SAKA.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Baiklah  ada kisah sedih juga minggu lepas, seorang ustazah (bujang masih blm berkahwin) yg kemurungan dan keseorangan didlm rumah sewanya telah menjadi depress..
Rumah 2 tingkat dan di sewa seramai 4 orang rakan. Semuanya ustazah sekolah Agama.

Apabila 2 org rakannya berpindah keluar kerana mendirikan rumahtangga  (musim pkp ini) maka tinggallah 2 orang shj. Namun seorang lg rakannya telah balik ke kg maka tinggallah hanya seorang ustazah ini.
Setelah beberapa minggu ustazah ini tinggal sendirian dan rakan2 juga keluarganya mulai bimbang kerana mereka tidak dapat menghubungi beliau. 
Talipon pun senyap mungkin sebab bateri sudah 'kong'

Sehinggalah adik lelakinya dtg bersama 'ketua penduduk' tmn tsb dtg dan memecahkan pintu grill dan maindoor.
Dan sungguh tak terduga mereka menjumpaibust tsb dlm keadaan tidak terurus dan bercakap sorang2. 

Keadaannya menjadi semakin parah apabila mulai bercakap yg bukan2 dan mengaji, bernasyid dan belbagai.
Allah shj yg tahu....

Saya dipanggil utk merawat yg termampu.
Beliau yakni ustazah tsb perlukan seseorang disampingnya selalu utk memberi semangat dan kekuatan kembali. Beliau tidak boleh keseorangan.

Dan yg terbaik adalah disamping keluarga  (ibubapa dan adik beradik kandung). Inilah kekuatan mental utk pesakit itu kembali pulih spt sediakala. Kerna beliau sedang berada didlm 'kekosongan'  jiwa rohaninya.
Semoga Allah memberikan kesembuhan buat semua pesakit2 saya.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Saya yakin bahawa pada setiap kerjabuat saya saya serahkan 100% kpd Allah Subhanawata'la utk menyembuhkan semua penyakit para pesakit2 saya.

Hanya ayat2 al quranulkarim juga kata-kata Allah juga Firman Allah juga Kalamullah itulah al quranulkarim dan itulah yg saya gunakan rukyah kpd pesakit2 saya selain drp dgn cara kaedah kerohanian dan kebathinan yg daya dapat dan pelajari.

Allah Maha Penyembuh dan DIAlah yg  menyembuhkan segala penyakit.

La hawlawala qhuwataillabilla hila'liyyil a'zimm.

•••••••••|||••••|||||||•••••••••••••••••••|||

Sekian bingkisan saya utk dikongsi kali ini.
Insya allah kiranya ada kelapangan lagi, saya akan teruskan kpd cerita2 terbaru "tanpa nama  tanpa rupa" 
kerna sebagai seorang Perawat Islam yg diberikan kepercayaan maka kita hendaklah menutup AIB para pesakit2 kita.
Wallahu a'lam.

Ampun maaf dari saya..
Datuk Seri Pawang DiRaja S.A.S.M
Jazakumullah Khairan Kasira.

0 comments:

Post a Comment