Friday, 20 May 2022

JGNlah ambil kesempatan..

Sedikit teguran buat para pesakit2 yg datang ke klinik aku atau yg bertandang ke rumah mereka.

JANGANlah di sebabkan 'keramahan' dan sense of humor aku ni menyebabkan kalian 'terasa sgt rapat'......

Bila time nak bayar fees aku, boleh lak cakap "ni hadiah saya ikhlas ya ustaz"
Kalau kawan atau sahabat pula kalian terus senyap.

So masa yg aku luangkan dan sebagainya itu bagaimana !
Drp aku buang masa menyembang dan beri tips atau nasihat dan merawat tu lebih baik aku tdo atau buat kerja lain.
[ akai takdak.... ]

Aku dah ckp awal2 lg yg aku pakaiguna 'fees' dan bukan bayaran seikhlas hati.

Ayat2 al quran aku mmg free...
Tetapi kerjabuat dan ilmu aku semua berbayar.

NOTA :

πŸ“Œ AKU adalah seorang Doktor dlm PERAWATAN ISLAM & MISTIK.
[ Professional dan ada feesnya ]

πŸ“Œ Dan dlm PERAWATAN KLINIKAL & SAINS , mereka di gelar Doktor sakit puan, Doktor sakit gg, doktor pakar bius dan doktor bedah dll.
[ Professional dan ada feesnya ]

Kiranya nak FREE sila jumpa pusat zakat atau baitulmal.

Harap maklum.

Ustaz Amran

Datok SriPawang Di Raja S.A.S.M 

Tahun 2018  kenaikan pada [ rawatan saka : rm1777.00 & rawatan buang susuk :  rm1777.00  ]

[ rawatan buang saka & susuk : rm3400.00 ] 

La hawlawala qhuwatailla billa hila'liyyila'zimm.
"Tiada daya dan upaya aku kecuali dgn kekuatan dan pertolongan Allah jua"

MMWπŸ’–πŸ‡²πŸ‡Ύ

Thursday, 19 May 2022

Penyakit akhir zaman tahun 1443 hijriah.

Penyakit akhir zaman...

Ketakutan yg teramat sangat...
Trauma..
Fobia...
Kemurungan dan pelbagai2 lg..

Selalunya pesakit2 spt diatas ini telah melalui pengalaman2 pahit dan memeritkan dlm kehidupan mereka. 

Sllu terjadi akibat pernah di sihir dan di santau dgn teruk. Bertahun2 berubat ke sana ke sini segala ceruk rantau pelusuk tanah air di jelajahi demi utk mendapatkan khidmat ustaz2 perawat malah tmsk juga berjumpa dgn bomoh, dukun dan pawang. 

Keserasian dlm pengubatan mistik ini bukanlah mudah. Itu sb kenapa pesakit2 ini terus mencari dan mencari perawat yg boleh menyembuhkan 100% kiranya boleh akan permasalahan penyakit mereka.

Apa yg saya nak tekankan di sini ialah....
Ada juga di antara pesakit2 saya sudah betul2 sembuh dr segala penyakit mistri spt  (saka, sihir dan santau dll ).  Namun mereka masih di belenggu trauma ( sb terlalu lama menanggung sakit ) dan mengatakan bahawa mereka "masih lg sakit"  

Sllu terdengar bunyi2an diatas rumah ( apart, kondo, flat ). Bunyi angin memukul pintu sliding kat balkoni pun dikatakan bunyi makhluk halus nak masuk...
Dan mcm2 perkara pelik yg tak dpt saya senaraikan disini.

Pada kami dgn pengalaman dan ilmu perawatan yg kami ada (saya fokus kpd diri saya) mmg penuh yakin bahawa mereka sudah sembuh. Namun mereka masih juga mengatakan tidak. Atas tidak puashati dan pelbagai mereka mula mencari ust2 perawat yg lain.

Setelah bertahun2 kmdn, mereka kembali kpd saya...
Bila ditya kenapa ?
Kata mereka, hanya ust ja yg serasi....
Hahhhhhh.....

Dah pelbagai 'benda' yg di masukkan ke dalam badan tu oleh ( bomoh2, dukun2, pawang2 atau perawat2 tsb ) baru nak patah blk kat kita !

Ini dah jd 2 kerja pula...
Dulunya dah pulih....
Skrg nak buang yg baru pula.


Soalan cepumas :
Ehhhh mcmana ust boleh tau pesakit tu pulih ka tak !!! 

Hanya perawat shj yg tahu sejak mula ketika pesakit itu memijak kakinya kedlm klinik atau rumah perawat... 
Dan setelah dia keluar drp klinik atau rumah ust perawat tsb. 

Dan sekiranya ada sesi rawatan kali ke 2 dan 3 di situ kita sudah dpt tahu bgmana keadaan sebenar dia. Samada sudah pulih 100% atau 50% atau 10% shj. 

Sesi proses perawatan itu mengambil masa juga. Ada kaedah2nya.

πŸ“Œ Kiranya di tanya kpd saya :

πŸ“ "Ust kalu saya berubat hari ni, boleh sembuh tak" !
[ Penyakit sihir/ santau yg bertahun2 ]

πŸ“ "Ust rasanya berapa hari boleh sembuh" 
[ penyakit sihir / santau / saka dll yg dialami berbelas2 dan berpuluh2 tahun ]

πŸ“Œ Jawapan saya ::
JANGAN tya saya, kamu tanyalah ALLAH. ☝️

DIA yg MENYEMBUHKAN.
Saya hanya hambaAllah yg berusaha dan berikhtiar atas ILMU perawatan yg saya ada shj. Dan saya hanya menggunapakai ayat2 al quran yg juga Kalamullah, Firman Allah, Kata2 Allah.

Tidak ada seruan mohon bantuan kpd makhluk halus pedamping, jin ,iblis dan syaitan. 

Saya akan bacakan....
"La hawlawala qhuwatailla hila'liyyil a'zimm. 
[ Aku tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah jua ]

Semoga kita sbg hamba Allah ini faham akan pengertian tsb.

Aju hanya ada ilmu shj. Namun yg menyembuhkan itu adalah Allah yg Maha Esa jua. 

Sekian
Wassalam wbh.

Ust Amran Fadzil
[ Dato SriPawang Di Raja SASM ]

Thursday, 5 May 2022

Ilmu pemukau

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Bathin 1443h / 2022m

Satu pesanan buat khusus kaum Hawa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hati2 zaman skrg byk kaki pukau.
Bukan melayu (rumpun melayu) shj yg pandai memukau...

Bangla, rohingya, pakistan,india, sikh juga pandai dlm bab ni.
(Kes bangsa cina aku tak pernah jumpa lglah) wallahu a'lam.

Kes2 di atas aku kisahkan sb berlaku di kalangan rakan taulan dan patient aku.

Kes ini sengaja aku timbulkan dlm beberapa tahun kes yg aku hadap.

Bila dtg utk mendapatkan khidmat aku, apa yg aku boleh buat !

Duit ringgit, barang kemas, harta benda ( rumah, dusun bagai )

Hanya report polis ja aku sarankan.

Nak aku dapatkan blk hartabenda tu mmg bukan kepakaran aku apabila semuanya telah terjual oleh pemukau tsb.

Bab hartabenda wang ringgit takpalah sb harta dunia, ttp kes2 yg melibatkan 'jadi habuan nafsu serakah' pemukau mmg lg parah !

Dah jd pemuas nafsu kmdn ambil video tgh main ( mangsa tak sedar ) kmdn ugut,
Kalu lari video tsb akan di sebarkan ke media sosial bagai.

 Kes ini berlaku dikalangan isteri2 yg cun dan anak dara atau takda dara.. 
[senang aku ckp.]

Sllunya parent atau suami dtg utk minta tlg aku 'scan' di mana lokasi isteri atau anak perempuan mereka di sembunyikan.

Aku bukanlah pakar...
Dlm 10... 5 shj yg betul lokasinya.
Panggil pdrm p ambush..

Terserahlah kpd parents dan suami nak handle mcmana.

Aku sedih sgt..

Sb yg mangsa2 tsb baik isteri org atau anak2 gadis tsb cantik2 belaka😊
Kesian kat aku yg bujang nih kann...πŸ˜…

Yg lahanat lg, ada isteri yg call aku minta tlg, suaminya percaya kpd sorang bomoh indon ni, sanggup tinggalkan isterinya utk dirawat. Sebaliknya bomoh tsb siap pukau dan berjam2 melayari nafsu serakah. Ptg suami dtg jemput isteri dgn keadaan isteri yg layu lesu. Bomoh tu ckp ini kesan rawatannya.

Isteri tak berani nak keluar rumah sb takut suami.
Aku tak tahulah kesnya skrg.
Aku suruh call pdrm saja.

Mcm2 lg kes yg aku hadap..
Ini semua adalah cebisan dr kisah benar dlm khidmat selama aku menjadi  perawat.

πŸ“Œ Aku cerita yg benar semata-mata benar belaka. Aku tak pandai aku hanyalah hambaAllah yg kerdil.

La hawlawala qhuwatailabilla hil a'liyyil a'zim

πŸ‘‰ Pesanan aku buat kaum hawa, berhati2lah ilmu2 hitam/ sihir di akhir zaman ini.

Wassalam wbh
MMW®