Tuesday, 8 July 2014

Salamun'alaik : (No : 32)

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAH WBH DAN SALAM CERIA DAN SALAM KASIH SAYANG.





Berjumpa kita sekali lagi diruangan ini. Terlebih dahulu saya memohon ribuan kemaafan kpd semua pembaca2 budiman. Rasanya masih belum terlambat lagi utk saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL KARIM. Selamat berpuasa dan menjalankan Ibadah. Semoga dibulan yg mulia ini kita perbanyakkan amal jariah dan amal ibadah. Insyaallah semoga kita beroleh berkat yg ESA.

Ingatlah Ramadhan hanya datang setahun sekali sahaja,jadi marilah kita memanafaatkannya sebaik mungkin.Entah tahun hadapan sempat atau tidak utk kita bersamanya lagi...    wallahu'alam

Disini saya memohon kpd semua, agar marilah kita bersama2 bermuhasabah diri,buangkanlah unsur2 negetif yakni sifat2 buruk,hasad dengki,khianat,sifat berdusta,pembohong dan sebagainya. Bila hati kita 'bersih' insyaallah ALLAH TAALA akan 'Pelihara' dan 'Jagai' kita.Secara tidak langsung akan menghindarkan diri kita dari diMusuhi dan diKhianati rakan dan taulan.

  Sebelum saya mengundurkan diri disini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ribuan kemaafan kpd saudara dan saudari semua dan terutamanya kpd Pesakit2 dan bekas pesakit saya,sekiranya saya ada tersalah dan tersilap yg mana saya sedari ataupun tidak. Semoga kita semua diAmpuni Allah dan semoga hidup kita semua diBerkati, insyaallah..
Saya sudahi dgn wabillahitaufiq wassalamualaikum wbh.


Sunday, 16 March 2014

Assalamualaikum : (No 31)

ASSSALAMUALAIKUM WTH.

Salam bahagia dan Salam sejahtera. Adalah dimaklumkan bahawa saya akan berada di Alor Setar pada 18hb - 22hb Mac 2014. Dan akan berada di Sg Petani, di Masjid Laguna Merbuk pada 23hb - 25hb Mac ini.di booth sana.

Sesiapa yg berhajat ingin mendapatkan rawatan drp saya silalah menemui saya di booth tsb.Insyaallah saya sedaya upaya membantu tuan2 dan puan2 semua,insyaallah.
* Jumpa disana.............*

Saturday, 8 February 2014

As-salam : (No 30)

Assalamualaikum wth. Salam ceria dan Salam teristimewa utk semua muslimin dan muslimat.

Sebelum saya mulakan bicara disini saya mengambil kesempatan utk memberikan 'sedekah' al Fatihah buat ayahanda saya yg mana telah 6 hari arwah telah pulang kerohmatullah ( Isnin 03.02.14 ).Marilah bersama2 saya utk menyedekahkan surah Al Fatihah kpd Ayahanda saya dan berdoa agar almarhum ditempatkan dikalangan orang2 yg berIman dan diangkatkan darjatnya dan semoga almarhum menduduki Syurga Firdaus.

Alhamdulillah selama sebulan saya berada di kampung halaman Alor Setar Kedah. Dalam menjagai almarhum yg sakit sempat juga saya dijemput utk merawat beberapa pesakit di sekitar Alor Setar hingga ke Sg Petani. Seperti biasa pesakit saya banyak yg mengalami massalah Sihir dan Saka. Insyaallah dengan Izin Allah Ta'ala  mudah2an kesemua pesakit2 saya akan sembuh jua nanti,insyaallah.
Allah itu Maha Penyembuh,yakinlah padaNYA.

Mungkin saya akan berada disini selama sebulan lagi,maka sekiranya tuan2 dan puan2 yg ada masalah,janganlah segan utk menghubungi saya. Insyaallah saya akan cuba menolong sedaya upaya saya. Segala kesembuhan itu atas izin Allah Ta'ala jua,kerna Dialah yg Maha Penyembuh.

Wassalamualaikum wth.
( Alor Setar Kedah )

Sunday, 26 January 2014

Salamun'alaik : (No 28)

CHARGE/ HARGA UTK RAWATAN2 SPT BERIKUT;

1- Membuang Saka -  rm350
2- Sihir                    - rm250
3- Santau                 - rm250
4- Pelalau                 - rm250   (samada terkena minyak dagu/senyonyong/cennoi dll)

5- Pelaris diri            - rm150
6- Pelaris Perniagaan - rm300
7- Memagar rumah/Pejabat/Premis Perniagaan/Kilang/Kebun dsbnya   - dari rm500 ikut size

# Apa yg saya masukkan ini adalah yg pokok utama sahaja,yg lain2 itu kebanyakkannya dibawah rm100.
# Sekiranya tuan2 dan Puan2 nak memiliki "Baju Besi atau Perisai Besi"  maharnya adalah rm500. Ianya bukanlah 'KEBAL' namun ianya tak dapat ditembusi oleh sebarang Sihir dan Santau juga tidak 'lut' senjata besi dan peluru dll.Namun semuanya itu atas keIzinan ALLAH TA'ALA jua. Saya hanya memasukkan 'Kalimah' dgn cara kebatinan.

# Hubungilah saya sekiranya ada apa2 persoalan  017 3383 698 atau 019 3091 786 (Ustaz Amran)
wassalam wth.

Kos perawatan : (No 27)

Assalamualaikum warohmatullah.

Bertemu lagi kita kali ini,mudah2an saudara dan saudari sekalian sentiasa sihat dan dipelihara Allah selalu. Banyak panggilan dan pertanyaan yg saya terima dari pesakit2 saya menanyakan tentang bayaran rawatan.dengan ini saya akan memperjelaskan terpeinci kos2 rawatan saya.
 Sesetengah pesakit tak faham knapa saya mengenakan charge rawatan tsb.Pada saya sekiranyaa tuan2 dan puan2 membuat rawatan di klinik pun paling tidak rm50 daah tentu kena bayar. Bila sakit datang lagi...kena bayar lagi...

Pada perawat islam dan alternatif saperti saya,ygmana sumber utama pendapatan adalah dari cara ini,adalah tidak keterlaluan sekiranya saya mengenakan charge tsb.Kenapa saya maksudkan begini.......
Ini kerana sekiranya pesakit itu bersangkutan dengan maklukm Jin,saperti Sihir,Santau dan Saka.... saya bukan sahaja terpaksa berdepan dengan Jin2 tersebut malah terpaksa berdepan "berperang" dengan tukang Sihir sama. Kadang2 dalam tengah berobat dan merawat pun saya kena serang malah setelah pesakit balik kerumah masing2,saya pula pada malamnya terpaksa "melawan" dan cuba "menewaskan" tukang2 Sihir tsb termasuklah Jin2 suruhan mereka. Inilah risiko yg terpaksa saya hadapi...melibatkan 'Nyawa' saya sendiri.

Justeru kerana itu saya harap tuan2 dan puan2 semua faham kenapa saya meletakkan charge atau harga upah tersebut.

Thursday, 9 January 2014

Angin pasang dan berbekam al hijamah : (No 26)

Assalamualaikum,Salam Ceria dan Salam Kasih Sayang. 
Apakhabar anda semua,Insyaallah mudah2an semuanya sihat walafiat dan dipelihara Allah Ta'ala. Alangkah indahnya hidup ini sekiranya kita semua dapat menikmati hidup dengan penuh kasih sayang dan saling bantu membantu. 
Ku panjatkan doa kepadaMU Ya Allah agar kami semua dapat hidup dalam harmoni dibumiMU Ya Allah.

Saya cuba selitkan disini ygmana saya terlepas pandang perawatan saya selain drp perawatan mistik,saya juga menyediakan perawatan berbekam ( Al Hijamah ) setiap hari dr jam 11am- 3pm kecuali hari Rabu(rehat). 

Tetapi ini tidaklah termasuk hari perawatan mistik ygmana saya lakukan pada setiap hari dari jam 11:00am-10:00pm. kecuali cuti2 umum yg utama.

Saya juga ada menyediakan perawatan untuk mereka yg terkena 'angin pasang' (telor bengkak) . Selalunya kes2 spt ini berlaku kpd bayi dan kanak2.Namun orang dewasa pun ada yg menghadapinya. Insyaallah saya cuba sedaya upaya saya dalam membantu dalam menyelesaikan masalah anda semua. 

TIADA DAYA DAN UPAYA SAYA MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH TA'ALA JUA.

Wassalamualaikum wth.
(Kha 09.01.2014)