Friday 29 April 2016

Rawatan Saka : Jum : 29.04.2016 - 30.04.2016

Assalamualaikum, Salam Ceria dan Salam Kasih Sayang.

Semalam dlm jam 9.00pm saya telah didatangi oleh 2 pasangan adik beradik (perempuan) yg mempunyai masalah SAKA.
Setelah di analisis jalur keturunan mereka,didapati mereka ini adalah titis keturunan drp Kerajaan Jembal berdarah dr Puteri Saadong.

Pada mulanya mereka tidak berapa tahu mengenai jalur keturunan mereka atas sb tidak diberitahu langsung atau dicerita secara terperinci asal keturunan mereka. Cuma mereka perasan atas setiap kelahiran dlm keluarga mereka mesti dilampirkan atau dihias dgn kain kuning. Dlm hal ini hanya ibu mereka shj yg tahu cerita disebaliknya namun ibu mereka mengambil sikap berahsia.

Dipendekkan cerita saya cuba 'trap' dgn lagu Mok Yong ( melalui video u tube di hphone )
Serta merta salah seorang drnya menari mengikut lenggok lentik seorang penari Mok Yong.
🌟 keadaan menjadi lebih menarik dgn lenggok bahasa yg sukar difahami  🌟

Proses merawat memakan masa selama hampir 5 jam..  ( mulai jam 10.00pm  --  2.30am )
✨ selesai keseluruhan dlm jam  3.30am  ✨
⏩  penat jgn cakaplah............

Insyaallah saya berdoa agar selepas perawatan ini insyaallah mereka akan diberikan kesembuhan oleh Allah Taala.

🌠  minggu depan insyaallah (kunci segalanya) Ibu mereka akan datang utk membuat rawatan. Harap ibunya sudi dtg demi anak2nya.........   🌠

Saya memohon kpd Allah Subhanawataala agar memberi kekuatan kpd saya utk menolong mereka2 yg memerlukan pertolongan saya.
La hawlawala qhuwatailla billahil'aliyyil'azimm.
Semoga Allah memberkati segala usaha dan ikhtiar saya,insyaallah.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ustaz Amran
017 3383698  /  011 3202 1167



0 comments:

Post a Comment