Saturday, 7 October 2017

Merawat pesakit Saka keturunan.

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak bercerita tentang gadis berumur 19 tahun yg baru didekati oleh saka keturunannya.

Tinggal di Shah Alam dgn rakan2 sewanya. Kebanyakkan dr mereka berasal dr negeri Kelantan.

Dipendekkan cerita di rumah sewa baru (teres 2 tingkat) mereka seringkali berlaku kejadian2 pelik...
Spt..  ada org mandi dlm blk air sedangkan pd masa itu semuanya diruang tamu atau didlm blk masing2. Kadang2 ada bunyi ketuk pintu dan suara memberi salam diluar rumah spt rakan rumah sewa mereka. Tp rakan yg sebenarnya sudah nyenyak tdo. Dan pelbagai lg perkara2 pelik kalau nak dicatatkan disini.

Baiklah..  maka diatas kejadian2 pelik tsb,adalah seorang gadis ni berusia 19 th yg baru beberapa bulan menetap disitu merasa tidak sedap hati. Sehinggalah berlakunya perkara yg diluar jangkaan dimana gadis tsb bertukar menjadi aggresif dan mempunyai suara yg lain. Kecohlah sekejap dirumah sewa tsb.

Setelah beberapa perawat yg dibawa utk dirawati akhirnya datang juga kpd saya.
Dipendekan cerita selepas solat Jumaat mereka pun dtg dlm jam 4.00pm.

Alhamdulillah kerja selesai dlm jam 8.00pm. Semuanya atas izin Allah jua.
(Ada perjanjian yg terpaksa diputuskan dan ada syarat yg dikenakan) Ini kerana kita adalah makhluk yg paling istimewa ciptaan yg Esa. Kita adalah Khalifah diatas mukabumi ini.

Saya letakan... La hawlawala qhuwatailla billahila'liyyil a'zimm.

Wallahualam....
MMW™ (ust Amran)

Wednesday, 27 September 2017

Memulih rumah banglo berpuaka di Ampang

Ptg ini aku dijemput utk memulihkan dan memagar sebuah banglo yg dikatakan berpuaka di Ampang. Penghuninya telah meninggalkan rumah tsb kerana sering terjadi perkara2 pelik. Setelah beberapa tahun mereka ingin kembali menetap di banglo tsb.

Aku dipanggil utk memulihkan kembali rumah banglo tsb. Aku mulai ritual selepas magrib td. Alhamdulillah berkat guru2ku yg barsanat dan berabitah wasilahnya sampai kpd rasullullah saw dan dgn tangan2 dan tentera2 ghoib yg sentiasa bersama membantuku kerja2ku menjadi lebih baik atas izin Allah subhanawataala.

Malam ini aku tdo disini keseorangan utk mempastikan yg banglo ini telah pulih sepenuhnya.
"Hancur musnah makhluk halus jin iblis dan syaitan sptmana garam hancur kena air mutlak"
Berkat guru dan wali.......

La hawlawala qhuwataillabilla hila'liyyila'zimm..

Ust Amran (perawat)

Friday, 25 August 2017

SAKA KETURUNAN

Dalam pengalaman saya sebagai perawat Alternatif Islam, saya ada pengalaman lebih drp 10 kes membuang saka keturunan.

Dalam banyak2 penyakit saka ini, saka keturunanlah yg paling degil utk keluar. Berkemungkinan atas sb perjanjian datuk nenek dahulu atau pun atas pelbagai2 alasan lain yg kekadang kita juga sukar utk mengetahuinya.

Apatah lagi sekiranya pesakit tsb merasai sayang utk membuang saka tsb atas pelbagai2 alasan. Yg saya pasti salah satunya kerana dirasa 'SAKA KETURUNANNYA' itu dpt menjaganya dan keluarganya.
Pelik ❗

Saka amat senang (bagi saya..) utk dikeluarkan sekiranya tuan punya badan tsb bersedia dan ikhlas dan dgn keadaan redzo utk melepaskannya.
Mulut belafaz menyamai niat di hati.. insyaallah.

Namun agak sukar bagi saya sekiranya lafaz dan niat dihati berlawanan.
Contohnya...

~ lafaz dimulut memang ikhlas dan redzo nak buangkan saka tsb.
~ namun didalam hati ada rasa kasih dan ada rasa sayang nak berpisah dgn saka tsb.

# Dalam kes ini memang saya atau mana2 perawat tidak akan dpt membuang saka tsb. Kadang2 perawat hanya kena 'Tipu' ja dgn jin atau saka tsb. Konon2nya dah keluar....

# Kena ingat bahawa makhluk Jin ini tersangatlah bijak utk memanipulasikan otak / fikiran manusia. Manusia mudah tertipu sebenarnya.

Jadi bagaimanakah utk mengetahui dan mengenal pasti bahawa yg saka tsb telah keluar dr badan pesakit tsb..❗

Insyaallah..
Spt yg saya sebutkan diatas td, sekiranya pesakit td dgn ikhlas dan redzo menyamai dgn niat dihati yg sama,insyaallah.
Perubahannya kita akan dpt lihat dlm masa 1 minggu dr tarikh dia dirawat. Hanya keluarganya shj yg lebih mengetahui akan perubahan tsb.
~ kes ( keadaannya) sebelum dirawat dan selepas dirawat.

#  Kepada mereka2 yg rasa sayang kpd saka keturunan atau apa shj, silalah membuang saka2 tsb. Takada faedahnya menyimpan jin-jin tsb.
Ada yg belajar agama tinggi pun masih ada menyimpan saka.Saya tak pasti fokus mereka sebenarnya.
~ yg menjaga kita adalah Allah dan rasul bukannya saka2 atau jin2 tsb ❗

Sekian dr saya..
Sekiranya ada salah dan silap maafkan saya. Yg buruk itu semuanya dr saya dan yg baik itu aemuanya dr Allah belaka.
Wallahualam..

Wabillahitaufiq wassallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

ust Amran

Sunday, 30 July 2017

Merawat saka keturunan.

Seorang surirumah yg muda yg belum mempunyai anak telah mengalami gangguan pelik.
Perkara ini telah disedari oleh suaminya kerana didapati isterinya skrg mengalami perubahan. Suka menyendiri,bercakap sendiri dan cepat sensitif dan lekas panas baran.Hubungan dlm rumahtangga menjadi seringkali panas. Menjadi benci apabila melihat suami. Dll yg mengganggu hubungan suami isteri tsb.

Insyallah dgn izin Allah saya cuba membantu utk memulihkan pesakit tsb. Semoga Allah dan rasul  dan guru sentiasa bersama saya.

Insyallah nanti saya sambung lagi coretan kisah pesakit ini.
Wassalam.

Tuesday, 11 July 2017

Rawatan SaKa Rimau.

Malam td saya merawat 1 keluarga berasal dr Ng 9.
Yg kakaknya mempunyai saja harimau keturunan.

Yg adiknya (seorang OKU)pula mempunyai masalah dalaman usus dan batuk2 yg berterusan.
Doktor pun dapat kepastian apa punca sakit dan penyakitnya.

Proses perawatan berjalan dalam beberapa jam dr jam 10.00 pm sampai lewat pagi. Masuk kali ini rasanya kali ke 7 rasanya saya merawat saka harimau. Spt biasa pesakit akan beraksi spt harimau dgn jalan merangkak persis si belang. Dan ngaumannya agak dalam. Cuma kali ini ada kelihatan mcm misai atau bekas dipipi kiri kanan pesakit.

Alhamdulillah rimau itu dpt ditundukkan dgn izin Allah jua. Insyaallah mudah2an saka itu setelah keluar tidak dtg2 lg. Sepengetahuan saya dlm kesemua kes pesakit saka harimau yg saya rawati dlm nisbah 10 kes, 6 kes telah sembuh spt sediakala, yg 4 lg masih dan sedang dirawat. alhamdulillah.

Apa2 pun kita mohon dan berdoa kpd Allah Subhanawataala agar memberikan kesembuhan dgn kadar segera.
Allah itu Maha Penyembuh.
Tiada kuasa lain yg dapat menandingi kuasa Allah Taala.

Saya tidaklah sehebat mana dan tidaklah sealim atau berilmuan tinggi. Namun Allah dan rasul telah beserta dlm menolong kerja buat saya. Berkat guru2 mursyid dan murobbi yg saya pegang kukuh,insyaallah saya pasakkan 'KEYAKINAN' yg amat tinggi.

'La hawlawalaqhuwataillabilla hila'liyyilazim'

Kita berusaha dan berikhtiar dan selebihnya kita serahkan kpd Allah.
Wallahualam.

Wassalam..
MMW

Thursday, 15 June 2017

Catitan : dari pages fb

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=657810654428612&id=231957593680589

Wednesday, 14 June 2017

Charge dlm rawatan Alternatif Islam

ASSALAMUALAIKUM,SALAM CERIA DAN SALAM KASIH SAYANG. *Saya sering ditanyai mengenai dgn upah dalam merawat. Ingin saya nyatakan disini mengenai isu2 tersebut. Sesiapa sahaja pesakit yg menalipon saya atau dtg berjumpa dgn saya saya akan tanya, "sudahkah tuan atau puan pergi ke pakar yakni DR utk memeriksa penyakit tuan ataupun puan" - Jawapan selalunya berbunyi begini: "ya saya sudah pergi namun Dr tak dapat mengenalpasti penyakit saya, dah bermacam2 Dr pakar saya pergi namun semuanya tak tahu apa punca penyakit saya dan ada Dr melayu sarankan agar saya berjumpa dengan [Pakar2 Perawatan Islam]... Kalu bunyinya begitu barulah saya akan berani mulakan perawatan saya. Akan tetapi kena ingat.....! * yg tuan dan puan jumpa inipun adalah juga DR PAKAR yg menguasai bidang Perawatan Islam. faham tu...... :-) * Tahukah tuan maupun puan bahawa kekadang ditengah2 merawat "perawat/ ustaz" tersebut akan diSERANG secara bathin oleh 'Tukang Sihir' ataupun Jin2 suruhan..... * Tahukah tuan dan puan bahawa setelah kalian membuat perawatan dan balik kerumah dan tidur nyenyak, kami disini terpaksa melawan balik segala sihir,santau atau saka yg dihantar kpd kalian. Pernah terfikirkah itu semua... * Kalian telah bertahun2 sakit,menderita dan sengsara.. dgn Izin Allah Taala dan keserasian berobat dgn saya atau perawat lainnya,dgn sekelip mata atau tak mengambil masa yg panjang penyakit kalian sembuh...(atas Izin Allah) # Dengan akal yg waras dan bijaksana adakah kalian akan memberi "upah" tadi dgn ayat " seikhlas yg mampu" Tergamakkah kalian bersifat begitu....! Kadang2 saya ada kes yg memberi rm15 utk sihir yg dah bertahun dialaminya.. 2 jam hingga 3 jam merawat.Penat jangan cakaplah ( walaupun dah terbentang harga dan upahnya di whiteboard besar) * Kalian boleh sihat, kami perawat beroleh 'sakit' # Saya tak pernah menghadapi masalah dgn pesakit2 berbangsa asing yg datang... masalahnya dengan pesakit berbangsa Melayu Islam kita sendiri.. # Tambahan pula sekiranya inilah punca pendapatan kami sebagai Perawat Islam... - komitmen terhadap rumahtangga dan keperluan hidup. Sesungguhnya kami Perawat Islam semua amatlah kalian perlukan,tambahan dunia sekarang dah bermacam2 hal (akhir zaman) Fenomena sihir menyihir,santau menyantau,pelampau dll kian menjadi2 sejak akhir2 ini. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Hukum menetapkan dan mengambil upah merawat pesakit dengan kaedah yang tidak bertentangan dengan Islam adalah HARUS. Perkara ini telah tsabit dalam sunnah Rasulullah SAW dan atsar As-Sahabah..Sementara hukum membayarnya setelah berlaku persetujuan diantara pihak pesakit dan perawat adalah WAJIB. Hadis 1 Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; bahawa pada suatu ketika beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. telah datang ke sebuah perkampungan Arab, akan tetapi penduduk kampung itu tidak menerima kedatangan para sahabat tersebut, tiba-tiba ketua kampung itu disengat ular, (lalu wakil penduduk kampung berjumpa dengan para sahabat tersebut) dan bertanya: Adakah kamu mempunyai ubat penawar sengatan ular atau adakah di antara kalian ahli perubatan?, para sahabat menjawab: Kalian telah tidak menerima kedatangan kami di kampung ini, kami tidak akan melakukannya sehingga kalian membayar upah untuk kami. Akhirnya mereka berjanji akan memberikan beberapa ekor kambing sebagai upahnya. Kemudian salah seorang sahabat membaca Surah al-Fatihah, kemudian mengeluarkan sedikit ludah (diletakkan di bahagian sakit), dengan serta merta ketua kampung sembuh, kemudian mereka membawa kambing-kambing kepada para sahabat. Para sahabat tersebut berkata: Jangan kita ambil upah ini, sehingga kita bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w, kemudian mereka menanyakannya, lalu Rasulullah tersenyum dan berkata: Ketahuilah bahawa Surah al-Fatihah itu adalah ubat penawar, ambillah upah itu dan bagi aku sedikit." [H.R Imam Al-Bukhari] Hadis 2 Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? Kerana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah. [ Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah ]. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: "Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi" Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku. [H.R. Imam Muslim] Riwayat Diceritakan kisah serombongan sahabat Rasulullah s.a.w. bermusafir hingga sampai di sebuah perkampungan. Mereka meminta untuk menjadi tetamu penduduk kampung, namun orang kampung tidak bersedia. Mereka (para sahabat) berkhemah di luar kampung tersebut. ditkdirkan Allah s.w.t. , penghulu kampung dipatuk ular. Satu riwayat menyebut terkena gangguan jin. Mereka lalu datang meminta pertolongan sahabat untuk merawat sakit tersebut. Seorang Sahabat menyahut bersedia untuk merawat (menjampi). [ Namun beliau mensyaratkan agar dibayar sebanyak 30 ekor kambing ] Apabila orang kampung bersetuju maka beliau pun merawat dengan mebacakan surah al-Fatihah. Lelaki tersebut sembuh. Sahabat tersebut diberikan 30 ekor kambing seperti yang dijanjikan. Sahabat itu ingin mengagihkan hasil yang diperolehinya dariapa merawat tetapi para Sahabat yang lain menolak sehinggalah [ dijelaskan hukumnya oleh Nabi s.a.w ] Apabila tiba di Madinah Nabi s.a.w. menyetujui apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut. Baginda bersabda: "Bagaiamana kamu tahu bahawa surah Fatihah itu adalah satu jampi? Agihkan kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Beberapa pendapat Ulamak Mu'tabar berkaitan hai ini. 1. Berkata Ibn Qudamah dalam kitab Mughni Muhtaj : Adapun mengambil upah rukyah (menjampi) maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan HARUS dan beliau sendiri mengatakan TIDAK MENGAPA 2. Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitab Feqh As-Sirah: Malik, Syafie, Ahmad, Ishak dan Abu Thaur berpendapat HARUS mengambil upah rawatan, manakala Abu Hanafiah memperincikannya iaitu HARAM mengambil upah bagi MENGAJAR AL-QURAN dan HARUS PULA UNTUK MERUQYAH. 3. Kata Ibn Hazam dalam kitab Al-Mahalli: Upah rukyah (menjampi) adalah HARUS # Cerita diatas pada masa itu, kena gigitan binatang berbisa pun kena bayar dgn Kambing ( beberapa ekor / 30 ekor ). Skrg kalu aku letak harga kambing mau 'pengsan' pesakit tu.. kann.. Kalu g Dr pakar berapa ribu pun tak kisah.. Sekian, Maafkan saya diatas apa jua kesalahan yg disedari maupun tidak. Merong Maha Wangsa : selasa 24Mac 2015

Sunday, 23 April 2017

Israk Mikraj 2017

Assalamualaikum, Salam Subuh, salam ceria dan salam kasih sayang.
Salam Israk mikraj juga utk semua.

Terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf diatas apa jua salahlaku dan bahasa saya atau apa jua perbuatan2 saya yg secara sedar atau tidak yg telah menimbulkan kemarahan dan apa jua yg menguris hati dan perasaan kalian semua. Ampun dan maaf dari saya.

Kehidupan kita hari ini dari hari ke hari terasa semakin **sempit  cepat, laju dan penuh dgn keresahan dan kegelisahan**
Dunia semakin panas, binggit dan bermacam2..
Kenapa....!

Tanda2 akhir zaman sudah terasa bahangnya..
Namun apakah kita semua sudah bersedia utk menghadapinya...  !

Oleh itu sebelum kita terleka, terlena marilah kita berbalik kepangkal jalan.
~ Carilah guru dlm mengaji bab ilmu.
~ Jangan tinggalkan solat.
~ Jagailah bab rukun wuduk kerna 'gagal' itu terbatallah solat kita.
~ Jagailah rukun solat juga..ditakuti terbatal juga solatnya sekiranya gagal memahaminya.
~ Perbetulkan bacaan fatihah itu..

Dan yg lain2 insyaallah sama2 kita jagai dan amalkan banyak amal jariah sedekah dsbnya.
Insyaallah hidup kita akan bertambah ceria dan rohani kita akan terasa lapang dan bahagia.

Sekian dr saya ust Amran Al Fadzil.

Tuesday, 14 March 2017

Berita sedih dr Kuala Krai Kelantan.

Pagi ini rabu : 15.03.2017 (1438 hijri), saya mendapat perkhabaran dr cucu kpd pesakit saya dr kuala krai kelantan. Dimana nenek beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pd pagi td waktu subuh.

Bulan lepas saya dibawa kesana utk oleh anak2 dan cucu arwah utk merawat arwah. Arwah berumur 85 th(wanita). Dan beberapa tahun kebelakangan ini beliau tidak boleh bangun dan bercakap atas sebab penyakit beliau.

Diceritakan oleh keluarga yg menjaga arwah..  dlm keadaan tak boleh bangun dan hanya baring dan pakai pampers dlm jam 2.00am ~ 3.00am dlm kegelapan malam arwah akan bangun kedapur dan makan segala nasik dan lauk pauk sampai habis dlm keadaan menyangkung. Setelah selesai arwah akan kembali berbaring ketempat tdonya spt biasa.

Siang esoknya begitulah keadaannya dgn mendengus sakit dan bagai..
Namun apabila terdengar suara lelaki (yg dtg ziarah) arwah secara auto akan tersenyum melirik2 wpun dlm usia 85th dan sakit berbaring..! 
Allahuakbar.

Ke hospital sudah ke Dr pakar pun sudah..  tiada tanda sakit2 yg dpt dipastikan oleh Dr2 tsb.
Kmdn rawatan Kampung alternatif pun sudah. Dah byk perawat mencuba utk merawat namun gagal. Saya rasa mungkin belum jumpa yg serasi.

Dipendekkan cerita selama 2 hari saya merawat arwah dgn pebagai kaedah2.. alhamdulillah...

Alhamdulillah syukur wpun penuh esak tanggis anak cucu arwah kerana menahan sebak melihat betapa peritnya nenek mereka meraung menahan sakit..
Ada 2 benda yg saya buang dr tubuh badan arwah......
1. Saka
2. Susuk (sejak zaman arwah muda remaja dahulu) Zaman muda dahulu arwah menjadi kegilaan ramai kerana paras ruoa dan kecantikannya.
Ini atas pengakuan arwah sendiri sebelum dan selepas susuknya dibuang.
Alhamdulillah....

Sesungguhnya manusia itu selalu lalai dan lupa akan kebesaran allah. Kpd Allah lah tempat kita memohon pertolongan.

La hawlawala qhuwatailla billahila'liyyil azimm.

Bersama2 kita sedekahkan al fatihah kpd arwah. Semoga Allah mengampuni dosa2 nya, memperlapangkan kuburnya dan menempatkan arwah dikalangan orang2 yg beriman dan menduduki syurga firdaus..
Aaminn Aaminn yarobbal a'laminn. 

ust Amran Cheras.

Sunday, 29 January 2017

Ahad :29.01.2017 (1438 hijri)

Assalamualaikum.

Malam ini saya nak bercerita sikit pasal kes baru selesai sabentar td.

Kisah seorang wanita ini tunggal seorang pan asia.
HIDUP lama di Europe. Dan baru menetap disini (Malaysia) dlm beberapa tahun. Sebelum ini beliau langsung tidak percaya mengenai benda2halus atau mistik ini. Sehinggalah beberapa bulan yg lepas beliau telah 1 penyakit yg amat misteri.
Beliau telah mengalami masalah kemurungan dan kadang2 bertindak agresif.

Dirumahnya (kondo mewah) pula beliau selalu diganggu spt, dicakar2 ( ada kesan cakaran terutamanya di jgn belakang badan.
Selalu ada makhluk yg tidur disbelahnya. Ada org memasak, membasuh baju (Washing machine) ADA orang susun pinggan dan pecah pinggan dan belbagai lg.

Akibat tidak tertahan lg beliau telah memanggil kawan rapat beliau utk merasai sendiri kejadian2 tsb dikediamannya.
Dipendekkan cerita kawan beliaulah yg dtg membawanya kesini berjumpa saya utk merawat.

Ok..
Sesi merawat td penuh dgn tindakbalas aggresif Dr pesakit. Seorang perempuan yg lemah lembut bertukar menjadi 'monster'  wpun 4 orang lelaki (anak2 murid silat) saya memegang namun begitu senang shj beliau 'swing' terpelanting budak2 tu...
Mahu tak mahu terpaksalah saya ikat secara bathin,barulah dia tak boleh bergerak.

Sesi agak panjang Sb banyak stop Sb beliau kelihatan amat2 lemah . Wpun saya tahu ini angkara mainan jin,namun saya tak boleh paksa secara kekerasan utk 'membelasah' jin tsb.  Perempuan pun....Dan lg pun dia baru nak tahu bab hal cara Rukyah secara Islam ini. Sb beliau dilahirkan di Europe dan sama sekali tidak percaya akan perkara mistik. Cakap English Oxford lg jin tsb (kuasai minda pesakit) nasib baik saya juga lepasan MCE....  😁

Ok
Sesi malam ini kita hentikan dahulu nanti bersambung dilain rancangan......
Malam ni beliau kena mandi air limau + garam + daun bidara..
Tp sebelumnya td time saya Rukyah kat air kelapa,limau dll beliau dah muntah berkoyan2....
Nasiblah kita setannnnnnnnnn......

Insyaallah minggu depan bersambung lagi, esok akan outstation selama beberapa hari..

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ust Amran Al Fadzil

Wednesday, 25 January 2017

Kha 26.01.2017 (1438 hijri)

Pada pagi selasa 24 hb Jan 2017 yg lalu saya telah dijemput oleh waris pesakit ke Kuala Krai Kelantan. Spjg perjalanan hujan turun dgn lebatnya Dr KL hingga ke sana.

Saya sampai ke destinasi hampir jam 6 .00pm disbkan oleh perjalanan yg tidak berapa lancar.
Dipendekkan cerita pada malamnya bermulalah acara merawat pesakit seorang nenek tua berusia 85 tahun.
Beliau bermasalah dgn saka dan susuk (yg dipakainya pd zaman 60an lg).
Maka bermulalah episod perawatan dgn penuh lembut (Sb usia nenek tsb) namun keras (dlm saikologi membuang saka + susuk)

Rawatan berhenti pd jam 1.00am. Dan bersambung PD keesokkan paginya pula.
Mulai jam 10.00am saya sambung lg kerja2 membuang saka + susuk tsb. Alhamdulillah dlm jam 1.00 tghari saya berjaya dgn izin ALLAH.
Esak tangis pesakit dan waris mengiringi sepanjang Perawatan tsb.

Setelah rehat sebentar saya merawat pula seorang Ibu yg di kuatiri terkena sihir. Penderitaan ibu ini pun telah lama,bertahun2...
Alhamdulillah juga dgn izin Allah selepas merawat beliau katanya segar dan muka kembali merah (selama ini muka dan kulitnya kelihatan pucat lesu)

Kmdn merawat seorang ayah juga. Beliau seorang tukang urut tradisional dah berpuluh2 tahun dlm bidang tsb. Beliau telah meminta utk saya membuangkannya negatif dan masukkan aura positif balik kedalam tubuhnya. Alhamdulillah beliau selepas itu merasai keceriaan dimana sebelum itu merasa murung dan sakit2 badan.

Alhamdulillah semuanya ini atas Izin Allah taala jua.
La hawlawala qhuwatailla billahil'aliyyil'azimm.

Saya bersyukur kpd Allah dgn ilmu yg sedikit ini, saya dapat membantu memulihkan man2 pesakit yg memerlukan khidmat Perawatan saya. Secara tidak langsung saya telah menjalankan satu kewajipan fardhu kifayah keatas sesama makhluk.
Syukur kpd Mu ya Allah diatas kurniaan MU ini.
Sujud syukur aku kpdMU ya Allah.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ust Amran Al Fadzil
Cheras KL.

Monday, 16 January 2017

Ilmu (apa ada padanya) : sel 17.01.2017 (1438 hijri)

Assalamualaikum Salam ceria dan Salam kasih sayang.

NOTE 1 :  Biodata diri

Saya ust Amran ingin berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman saya utk tatapan tuan dan puan. Pandanglah ia ke arah yg positif, sudut positif...

Saya adalah pengamal perubatan Islam dan pengasas kpd Pusat Perawatan Islam Al Wangsa.
Saya mulai belajar mengenai perawatan Islam ini se awal umur 30an lg. Dan seawal umur belasan tahun saya telah mempelajari beberapa jenis silat melayu spt, pusaka gayung ,gayung Fatani, Moy Thai dan beberapa lg. Dan yg terakhir silat Kubu dr arwah tok Wan saya (Yun bin Puteh) silat ini gabungan beberapa jenis silat tmsk Moy Thai.
Dan dlm jurusan kebathinan saya juga mendalami Silat ABJAD, Selendang Merah, ANGKASA dan Panca Gerak Sejati.

Seusia awal 20an saya telah mulai tertarik dgn ilmu kebathinan dan mulai berguru dan bersuluk di gunung ledang dan gunung jerai. Mulai berguru dgn beberapa org guru pondok dlm ilmu tauhid dan tasawuf ( YM Sheikh Hj Yusuf). Belajar dgn arwah abuya YM Sheikh Hj Ahmad Junaidin (Abjad) , YM Sheikh Hj Hashim ( pasantren di Jawa timur/ ANGKASA) , Tn Habib Syed Mohsin Barakhbah ( talaqhi dan tauhid ) dan beberapa guru ghoib.

Dalam hal perawatan saya banyak menggabungkan jurusan2 kebathinan dan persilatan tsb dlm mengubati penyakit2 berkenaan sihir,saka,santau dll...
Saya hanya berusaha dan berikhtiar dan kerja sembuh adalah Allah Taala. La hawlawala qhuwatailla billahil'aliyyil'azimm.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➿➖➖➖➖➖➖➖

NOTE : 2

Saya menawarkan kpd saudara dan saudari sekiranya berminat utk mempelajari ilmu persilatan Selendang Merah (rahsia didlm rahsia...)
ANGKASA :- pecahannya spt Ilmu Taming Baja.. Ilmu ini fadhilatnya amat luar biasa yakni tidak 'lut' senjata tajam,waima peluru,besi,kayu,buluh atau apa2 sahaja. Kerna ianya datang dr asma Allah itu sendiri. Bukan pun 'susuk' kerana yg dimasukkan kedlm tubuh adalah nama2 Allah dan kalimah Allah. Itu shj.
Namun diinggatkan disini sekali lg, ianya bukan 'ilmu kebal'  semuanya hak milik Allah taala.
Dan silat KUBU :- silat fizikal (gabungan gayung,kuntau,sendeng dan Moy Thai)

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➿➖➖➖➖➖➖➖➖➖

NOTE 3 :

Inilah serba sedikit biadota saya yg saya taip secara spontan..
Maafkan saya sekiranya ada kesilapan dlm penulisan saya. Saya masih lg belajar dan saya sedia menerima teguran dr mana2 pihak demi kebaikkan.

Akhir kalam saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap saya. Sila tunjuk ajar kpd saya.
Tidak ada sesiapa yg hebat melainkan Allah jua.
La hawlawala qhuwatailla billahil'aliyyil'azimm.

SAYA..
Ust Amran Al Fadzil
Sel : 17.01.2017 (1438 hijri)