Pada pagi selasa 24 hb Jan 2017 yg lalu saya telah dijemput oleh waris pesakit ke Kuala Krai Kelantan. Spjg perjalanan hujan turun dgn lebatnya Dr KL hingga ke sana.
Saya sampai ke destinasi hampir jam 6 .00pm disbkan oleh perjalanan yg tidak berapa lancar.
Dipendekkan cerita pada malamnya bermulalah acara merawat pesakit seorang nenek tua berusia 85 tahun.
Beliau bermasalah dgn saka dan susuk (yg dipakainya pd zaman 60an lg).
Maka bermulalah episod perawatan dgn penuh lembut (Sb usia nenek tsb) namun keras (dlm saikologi membuang saka + susuk)
Rawatan berhenti pd jam 1.00am. Dan bersambung PD keesokkan paginya pula.
Mulai jam 10.00am saya sambung lg kerja2 membuang saka + susuk tsb. Alhamdulillah dlm jam 1.00 tghari saya berjaya dgn izin ALLAH.
Esak tangis pesakit dan waris mengiringi sepanjang Perawatan tsb.
Setelah rehat sebentar saya merawat pula seorang Ibu yg di kuatiri terkena sihir. Penderitaan ibu ini pun telah lama,bertahun2...
Alhamdulillah juga dgn izin Allah selepas merawat beliau katanya segar dan muka kembali merah (selama ini muka dan kulitnya kelihatan pucat lesu)
Kmdn merawat seorang ayah juga. Beliau seorang tukang urut tradisional dah berpuluh2 tahun dlm bidang tsb. Beliau telah meminta utk saya membuangkannya negatif dan masukkan aura positif balik kedalam tubuhnya. Alhamdulillah beliau selepas itu merasai keceriaan dimana sebelum itu merasa murung dan sakit2 badan.
Alhamdulillah semuanya ini atas Izin Allah taala jua.
La hawlawala qhuwatailla billahil'aliyyil'azimm.
Saya bersyukur kpd Allah dgn ilmu yg sedikit ini, saya dapat membantu memulihkan man2 pesakit yg memerlukan khidmat Perawatan saya. Secara tidak langsung saya telah menjalankan satu kewajipan fardhu kifayah keatas sesama makhluk.
Syukur kpd Mu ya Allah diatas kurniaan MU ini.
Sujud syukur aku kpdMU ya Allah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ust Amran Al Fadzil
Cheras KL.
0 comments:
Post a Comment