Sunday, 29 January 2017

Ahad :29.01.2017 (1438 hijri)

Assalamualaikum.

Malam ini saya nak bercerita sikit pasal kes baru selesai sabentar td.

Kisah seorang wanita ini tunggal seorang pan asia.
HIDUP lama di Europe. Dan baru menetap disini (Malaysia) dlm beberapa tahun. Sebelum ini beliau langsung tidak percaya mengenai benda2halus atau mistik ini. Sehinggalah beberapa bulan yg lepas beliau telah 1 penyakit yg amat misteri.
Beliau telah mengalami masalah kemurungan dan kadang2 bertindak agresif.

Dirumahnya (kondo mewah) pula beliau selalu diganggu spt, dicakar2 ( ada kesan cakaran terutamanya di jgn belakang badan.
Selalu ada makhluk yg tidur disbelahnya. Ada org memasak, membasuh baju (Washing machine) ADA orang susun pinggan dan pecah pinggan dan belbagai lg.

Akibat tidak tertahan lg beliau telah memanggil kawan rapat beliau utk merasai sendiri kejadian2 tsb dikediamannya.
Dipendekkan cerita kawan beliaulah yg dtg membawanya kesini berjumpa saya utk merawat.

Ok..
Sesi merawat td penuh dgn tindakbalas aggresif Dr pesakit. Seorang perempuan yg lemah lembut bertukar menjadi 'monster'  wpun 4 orang lelaki (anak2 murid silat) saya memegang namun begitu senang shj beliau 'swing' terpelanting budak2 tu...
Mahu tak mahu terpaksalah saya ikat secara bathin,barulah dia tak boleh bergerak.

Sesi agak panjang Sb banyak stop Sb beliau kelihatan amat2 lemah . Wpun saya tahu ini angkara mainan jin,namun saya tak boleh paksa secara kekerasan utk 'membelasah' jin tsb.  Perempuan pun....Dan lg pun dia baru nak tahu bab hal cara Rukyah secara Islam ini. Sb beliau dilahirkan di Europe dan sama sekali tidak percaya akan perkara mistik. Cakap English Oxford lg jin tsb (kuasai minda pesakit) nasib baik saya juga lepasan MCE....  😁

Ok
Sesi malam ini kita hentikan dahulu nanti bersambung dilain rancangan......
Malam ni beliau kena mandi air limau + garam + daun bidara..
Tp sebelumnya td time saya Rukyah kat air kelapa,limau dll beliau dah muntah berkoyan2....
Nasiblah kita setannnnnnnnnn......

Insyaallah minggu depan bersambung lagi, esok akan outstation selama beberapa hari..

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ust Amran Al Fadzil

Wednesday, 25 January 2017

Kha 26.01.2017 (1438 hijri)

Pada pagi selasa 24 hb Jan 2017 yg lalu saya telah dijemput oleh waris pesakit ke Kuala Krai Kelantan. Spjg perjalanan hujan turun dgn lebatnya Dr KL hingga ke sana.

Saya sampai ke destinasi hampir jam 6 .00pm disbkan oleh perjalanan yg tidak berapa lancar.
Dipendekkan cerita pada malamnya bermulalah acara merawat pesakit seorang nenek tua berusia 85 tahun.
Beliau bermasalah dgn saka dan susuk (yg dipakainya pd zaman 60an lg).
Maka bermulalah episod perawatan dgn penuh lembut (Sb usia nenek tsb) namun keras (dlm saikologi membuang saka + susuk)

Rawatan berhenti pd jam 1.00am. Dan bersambung PD keesokkan paginya pula.
Mulai jam 10.00am saya sambung lg kerja2 membuang saka + susuk tsb. Alhamdulillah dlm jam 1.00 tghari saya berjaya dgn izin ALLAH.
Esak tangis pesakit dan waris mengiringi sepanjang Perawatan tsb.

Setelah rehat sebentar saya merawat pula seorang Ibu yg di kuatiri terkena sihir. Penderitaan ibu ini pun telah lama,bertahun2...
Alhamdulillah juga dgn izin Allah selepas merawat beliau katanya segar dan muka kembali merah (selama ini muka dan kulitnya kelihatan pucat lesu)

Kmdn merawat seorang ayah juga. Beliau seorang tukang urut tradisional dah berpuluh2 tahun dlm bidang tsb. Beliau telah meminta utk saya membuangkannya negatif dan masukkan aura positif balik kedalam tubuhnya. Alhamdulillah beliau selepas itu merasai keceriaan dimana sebelum itu merasa murung dan sakit2 badan.

Alhamdulillah semuanya ini atas Izin Allah taala jua.
La hawlawala qhuwatailla billahil'aliyyil'azimm.

Saya bersyukur kpd Allah dgn ilmu yg sedikit ini, saya dapat membantu memulihkan man2 pesakit yg memerlukan khidmat Perawatan saya. Secara tidak langsung saya telah menjalankan satu kewajipan fardhu kifayah keatas sesama makhluk.
Syukur kpd Mu ya Allah diatas kurniaan MU ini.
Sujud syukur aku kpdMU ya Allah.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ust Amran Al Fadzil
Cheras KL.

Monday, 16 January 2017

Ilmu (apa ada padanya) : sel 17.01.2017 (1438 hijri)

Assalamualaikum Salam ceria dan Salam kasih sayang.

NOTE 1 :  Biodata diri

Saya ust Amran ingin berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman saya utk tatapan tuan dan puan. Pandanglah ia ke arah yg positif, sudut positif...

Saya adalah pengamal perubatan Islam dan pengasas kpd Pusat Perawatan Islam Al Wangsa.
Saya mulai belajar mengenai perawatan Islam ini se awal umur 30an lg. Dan seawal umur belasan tahun saya telah mempelajari beberapa jenis silat melayu spt, pusaka gayung ,gayung Fatani, Moy Thai dan beberapa lg. Dan yg terakhir silat Kubu dr arwah tok Wan saya (Yun bin Puteh) silat ini gabungan beberapa jenis silat tmsk Moy Thai.
Dan dlm jurusan kebathinan saya juga mendalami Silat ABJAD, Selendang Merah, ANGKASA dan Panca Gerak Sejati.

Seusia awal 20an saya telah mulai tertarik dgn ilmu kebathinan dan mulai berguru dan bersuluk di gunung ledang dan gunung jerai. Mulai berguru dgn beberapa org guru pondok dlm ilmu tauhid dan tasawuf ( YM Sheikh Hj Yusuf). Belajar dgn arwah abuya YM Sheikh Hj Ahmad Junaidin (Abjad) , YM Sheikh Hj Hashim ( pasantren di Jawa timur/ ANGKASA) , Tn Habib Syed Mohsin Barakhbah ( talaqhi dan tauhid ) dan beberapa guru ghoib.

Dalam hal perawatan saya banyak menggabungkan jurusan2 kebathinan dan persilatan tsb dlm mengubati penyakit2 berkenaan sihir,saka,santau dll...
Saya hanya berusaha dan berikhtiar dan kerja sembuh adalah Allah Taala. La hawlawala qhuwatailla billahil'aliyyil'azimm.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➿➖➖➖➖➖➖➖

NOTE : 2

Saya menawarkan kpd saudara dan saudari sekiranya berminat utk mempelajari ilmu persilatan Selendang Merah (rahsia didlm rahsia...)
ANGKASA :- pecahannya spt Ilmu Taming Baja.. Ilmu ini fadhilatnya amat luar biasa yakni tidak 'lut' senjata tajam,waima peluru,besi,kayu,buluh atau apa2 sahaja. Kerna ianya datang dr asma Allah itu sendiri. Bukan pun 'susuk' kerana yg dimasukkan kedlm tubuh adalah nama2 Allah dan kalimah Allah. Itu shj.
Namun diinggatkan disini sekali lg, ianya bukan 'ilmu kebal'  semuanya hak milik Allah taala.
Dan silat KUBU :- silat fizikal (gabungan gayung,kuntau,sendeng dan Moy Thai)

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➿➖➖➖➖➖➖➖➖➖

NOTE 3 :

Inilah serba sedikit biadota saya yg saya taip secara spontan..
Maafkan saya sekiranya ada kesilapan dlm penulisan saya. Saya masih lg belajar dan saya sedia menerima teguran dr mana2 pihak demi kebaikkan.

Akhir kalam saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap saya. Sila tunjuk ajar kpd saya.
Tidak ada sesiapa yg hebat melainkan Allah jua.
La hawlawala qhuwatailla billahil'aliyyil'azimm.

SAYA..
Ust Amran Al Fadzil
Sel : 17.01.2017 (1438 hijri)