Tuesday 2 November 2021

SAKA & AKHIR ZAMAN

SAKA ::
--------------------------------------------------

📌 [A]
Sejak dua menjak ni ( 5 th ke belakang ) aku dapati ramai sangat pesakit aku di hidapi atau bermasalah dgn saka.

Percaya atau tidak..
Bermulanya mereka mendapat rawatan drp ust2 atau bomoh2 atau dukun bagai rata2 semuanya bercakap ttg SIHIR.

"Awak terkena sihir oleh perbuatan si polan dan si polan"

"Mereka cemburu, irihati,hasad dengki" dan pelbagai2 lg tekaan dan andaian dan 'scanning' depa. 

📍 Sedangkan pesakit itu bukanlah kaya raya, bekerjaya besar, ketua masyarakat, popular dlm MLM atau masyarakat dan sebagainya. Malah ada yg surirumah pun
Dan yg lelaki kerja alam flora..
( Ini contoh shj )
Takda org nak dengki pun....
Lainlah mcm dato Aliff Syukri ka dll selebriti.. ( contoh shj )

Jadi bermulalah rawatan pesakit tadi dari satu tempat ke satu tempat utk mendapatkan rawatan.

📌 [B]
Aku boleh cakap hampir 90% peratus yg dtg kpd aku ( setelah mereka mendapatkan rawatan dr beberapa tempat ) mengatakan yg mereka di sihir oleh si polan dan si polan..

📍📍 Kepandaian 'perawat'2 itu td dgn pelbagai kaedah spt...
i. Mengeluarkan paku,jarum,rambut,miqng bukuh,serbuk kaca dari tubuh pesakit amat aku kagumi.

ii. Malah ada yg tahap boleh mengeluarkan patung ( yg di puja ) dari tubuh pesakit.

📍Aku amat kagum dgn keilmuan mereka2 yakni perawat2 tsb yg didlm bidangnya td.

👉 [ Sesungguhnya aku tak mampu dan aku tak pandai malah belajar bab2 hal sedemikian.
Sesungguhnya aku begitu kagum ]

Itu semua tidaklah mustahil sekiranya Allah izinkan. Dan mungkin ada guru2 yg mengajar sedemikian.

📌 [C]
Apa yg aku nak ceritakan di sini adalah ttg kisah aku dan perawatan aku juga pesakit2 aku. 
Aku bukanlah nak kondem siapa-siapa kerna aku bercakap dari sudut perawatan aku shj.

Kebanyakkan pesakit2 yg dtg berjumpa dgn aku rata2 bercakap perihal sihir.

Dengan nama Allah.....
Rata2 yg aku check adalah di sebabkan oleh ( 40% saka / 30% sihir dan 30% santau )
Ya SAKA sllunya dari keturunan mereka yg berusia ouluhan dan ratusan tahun dahulu )

Kebanyakkan diantara mereka adalah yg bukan drp golongan atau kluster2 kayangan yg boleh org sakit hati. 

📌 [D]
i. Ada budi bahasa dan jaga adab.
ii.  [E]
Bekerjaya dlm situasi yg tidak membuatkan org2 sekeliling boleh membenci, meluat dan menyakitkan hati sesiapa.

Bila aku selidiki ttg diri mereka dr sejak sunti, anak dara, dewasa dan ke warga emas...
Maka aku tahu apa sebenarnya masalah mereka. 

Apa itu SAKA :: 
-------------------------

Ianya bukanlah semudah ABC..
Bila melibatkan ratusan tahun usianya maka terfikirlah saya akan kegagahan org2 dahulu yg dapat mendapatkan dan bersahabat dgn 

Masalahnya apabila cicit2 mula membesar.
Mereka tak tahu apa yg sepatutnya mereka buat..
Bagaimana nak buang saka tsb.

📍 Tak dinafikan pula...
Ada sesetengahnya bila mendapat 'saka keterunan' ni dia menjadi lebih energy dan mcm ada ilmu tiba2 dlm....
i. Boleh pandang telus alam ghoib..
ii. Boleh merawat..
iii. Boleh mengurut..
iv. Boleh bersilat tetiba tanpa belajar atau berguru.
v. Boleh mendengar bisikan2 alam ghoib..
vi. Dan pelbagai lagi perkara2 luarbiasa.

📍 Jadi tidak hairanlah ada di antara pesakit yg rasa sayang nak buang saka ini atas sebab rasa 'kelebihan dan kesaktian' yg mereka miliki.

Ada juga di antaranya yg menerima saka itu, terus terusan mengganggu hidupnya.
Apatah lg sekiranya dia seorang yg beribadat....

i. Akan diganggunya ibadat solat dsbnya.
ii. Mengganggu kehidupan rumahtangganya.
iii. Selalu panas baran, bergaduh dgn suami atau isteri dan anak2..
iv. Mengganggu kerjayanya..
Kdg2 bila nak masuk ja pejabat, ia akan mula 'transform' 
v. Kekerapan 'transform' tak kira dimana tempat sekalipun. Apatah lagi bila time nak di rawat.

_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

📌
Apa yg nak aku sampaikan di sini adalah mengikut   
( pengalaman perawatan aku sendiri ) dan tidak melibatkan sesiapa jua atau perawat lain.

Bagi aku...

Sintom terkena SIHIR & SANTAU amatlah berbeda dgn mewarisi SAKA.


📍 Apa itu SIHIR ::. 
( Kaedah Penyiksaan )

Ianya dilakukan oleh seseorang dan senang aku cakap adalah 'Tukang Sihir' ia mengambil masa yg lama utk 'mematikan' mangsa.

Kerana kaedah ini bertujuan utk 'menyiksa mangsa'  lagi lama lagi bagus.
Sebab 'penyihir' atas persetujuan drp 'pengupah (pemangsa) itu tadi mahu tengok proses kehidupan 'mangsa' atau orang yg di sihir itu menderita yg teruk sebelum meninggal dunia.

Tukang sihir kerjanya adalah 'mengambil upah' dgn bayaran2 tertentu dari 'pengupah' yakni orang yg berdendam dgn seseorang itu. 

Dan bayarannya mengikut kerja yg akan dilakukan.
Selalunya tidaklah murah.. dari serendah  rm500 hingga ribuan ringgit upah kerjanya.
Sihir ini boleh meliputi segala gerak hidup org yg dituju itu spt..

i. Mengganggu rumahtangganya.
ii. Mengganggu kerjayanya sehinggakan prestasi menurun secara mendadak..
iii. Sifat panas baran mula menguasai diri. Ini kerana mangsa akan sllu terasa 'panas badan' dan tidak selesa dimana2 berada.
iv. Selalu terdengar bisikan2 jahat utk melakukan perkara2 yg diluar kotak fikiran yg waras.
v. Beremosi tahap tinggi..
vi. Terlalu sensitif. Tak boleh ditegur langsung, lalu akan melenting dan mengamuk.
vii. Kemurungan..
Dan belbagai2 lagi.

📍 Apa itu SANTAU ::
Santau ini adalah 'pemati' atau mission to kill.

Jenis ini bukanlah kaedah menyiksa mangsa spt sihir. 
( Ianya lebih zalim lg...)
Modes operantinya adalah terus 'membunuh' 

Seboleh2nya apabila di santau, ia tidak mengambil masa yg lama.
Lagi cepat mangsa mati, lagi bagus !

Sintomnya spt biasa adalah spt;
i. Busung... 
ii. Badan keluarkan kegatalan dan biji2 dan cecair.
iii. Badan akan menjadi panas spt udang dibakar.
iv. Sering batuk2 dan keluar darah yg beku,hitam dan macam2.
Dan pelbagai2 lg.

Selalunya 'ajal' mereka yg di santau tidaklah lama.
Wallahu a'lam.

_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

📌📌

Aku tidaklah sepandai mana pun..
Tidak perlulah tya dimana aku beroleh segala ilmu2 ini..
Kerja Allah belaka dlm menggerakkan rohani dan jasmani aku dlm hal2 sebegini.

Sepertimana yg aku cakap pada bab 📌 [B] diatas...
Aku kagum.. ( itu ayat aku )
Maksudnya aku tidak menafikan keilmuan mereka.
Dan aku tidakada kepakaran tsb. 

Cumanya aku lebih berhati2 dlm setiap kerjabuat dan perbuatan juga tuturkataku kpd para pesakit2 aku.

Aku seboleh2nya tidak mahu bercakap dusta atau berbohong dgn pesakit2 aku bersandarkan kpd "scanner atau ilham" aku.
Sebabnya aku takut aku salah wpun aku nampak nyata dan jelas namun aku takuti yg Iblis bijak memanipulasi penglihatan dan pandangan tafsiran aku.

i. Kiranya betul pandangan makrifah aku thdp sesuatu perkara pun, aku tetap tak berani cakap.

ii. Apatah lagi kiranya aku 'silap' dlm meneka sesuatu...

Dua2 diatas bagi aku adalah rahsia dan lebih baik aku simpan sb takut DOSA.
DOSA aku kpd pesakit..
DOSA aku dalam menyebarkan FITNAH
DOSA aku kpd org yg tertuduh. 

📍 DOSA dgn Allah, Allah itu Maha Pengampun.
📍DOSA sesama manusia, selagi aku tak mohon ampun maaf maka selagi itulah aku menanggung sampai ke liang lahat dan ke masyar nanti..
Allahu akbar...
Nauzubillahminzaliq...

Mohon Allah Ta'ala menjauhkan aku drp perbuatan2 yg terkeji itu.
Aaminn ya rabbal a'laminn.

Percayalah : 

Aku bukanlah siapa2...
Aku sentiasa lemah sebagai hamba Allah.
Aku merawat dan aku memohon kpd Allah semata2.
Dan al quran adalah pegangganku dlm setiap kerjabuat aku.

Semoga Allah dan rasul saw dan nabi2 dan waliyullah serta guru2ku yg bersanat rabitah wasilah hingga kpd rasulullah saw sentiasa bersama2ku dlm setiap gerak kehidupan nafas dan kerjabuat aku.

Sebelum aku mengundurkan diri, aku memohonnribuan ampun dan maaf kiranyanya ada penulisan aku ini telah merobek hati dan perasaan sesiapa.

Aku lemah sbg hamba Allah..
Lahawlawala qhuwataillabilla hila'liyyila'zimm.

Wassalam wbh.

Aku
Dato Seri Pawang Di Raja  ( S.A.S.M )

0 comments:

Post a Comment