Agak lama juga saya tidak menulis di sini.
Al maklumlah sejak beberapa bulan ni dari tahun lepas saya terlalu sibuk dgn kes2 rawatan saya. Samada di sekitar klang valley maupun diluar kawasan ( outstation ) dari utara timut, barat dan selatan.
📌 Kes2 rawatan selalunya berkenaan dgn penyakit2 misteri spt, saka, sihir, santau dan pelbagai2 lg.
📌 Kes2 kecurangan dlm rumahtangga spt; isteri lari tinggalkan suami dan anak2 sb mengikuti somi orang, mat bangla dan teman lelaki juga kawan lama yg bertemu dlm fb.
Begitulah juga pada pihak lelaki yakni suami.
📌 Kes2 kecurangan akibat kelalaian memberi nafkah hidup zahir & bathin..
Kes2 suami yg di berhentikan kerja dan pelbagai lg.
📌 Kes anak2 remaja yg lari drp rumah kerna ikut kekasih..
📌 Kes anak2 liar akibat pergaulan bebas.
📌 Ks anak2 terjebak dgn najis dadah dan pelbagai2 lg.
📌 Kena ilmu pengasih
Kenapa saya sebutkan kes2 tsb di sini.
Adakah saya pdrm atau badan NGO yg mengambil kes2 tsb !
Sebenarnya ingin saya katakan di sini bahawa, ibubapa merekalah ( kes anak2 remaja di atas ) yg dtg kpd saya utk merawati anak2 mereka.
Ya.... memang anak2 tsb tidak akan datang utk di ubati namun dgn kaedah saya ini, insya allah boleh... Allah bantu.
( Rawatan jarak jauh )
Baiklah...
Pada saya sepanjang berbelas tahun saya merawat, penyakit yg susah utk di rawati adalah SAKA.
Saya bagi nisbah ; dlm 10 pesakit hanya 5 shj yg berjaya di rawati.
Kenapa !
Ini ada beberapa sebab. Ianya spt di bawah...
i. Mulut lafaz nak buang saka, tetapi di dalam hati masih ada perasaan sayang ke saka.
( Ini mmg gagal )
ii. Sumpah janji yg sukar di putuskan.
Yakni atuk nenek moyang dahulu di mana kita tak dapat merungkai cara kaedah ritual yg mereka gunakan beratus tahun dahulu. ( Dia ada cara pemutusnya ) kalu kita dapat.
iii. Dah janji keluar dan sumpah utk keluar...
Dia keluar dlm beberapa waktu dan kmdn dia kembali lagi ke dlm tubuh. Atas alasan tempat luar yg kita hantar tak sesuai...
Yg sesuai hanya dlm tubuh pesakit tsb shj.
Nama pun jin....
Pandai sgt tipu muslihatnya.
Mengenai dgn penyakit Sihir dan Santau pula...
Ianya agak jelas...
Kita merawat pesakit dan tak secara langsung kita akan berhadapan dgn 'tukang2 sihir/ santau' tsb.
Kita terpaksa bertarung nyawa setiap kali merawat pesakit2 ini.
Ianya spt kaedah 'setelit & internet'
Tembakan dan jurusan2 ilmu hitam itu wujud !
Dan setiap kali kita merawat pesakit2 ini sudah pasti kita juga akan 'di tembak' oleh ahli2 sihir tsb. Ini kerana kita mengganggu kerjabuat mereka dlm membinasakan pesakit2, tsb.
📍 [ JGN pandang remeh perkara2 ini. Ianya tidak ada di dlm bidang pembelajaran kedoktoran klinikal ]
Saya sendiri selalu di serang oleh tukang2 sihir & pengupahnya.
Kadang2 terbaring dlm beberapa hari. Ambil masa utk memulihkan...
Bukanlah senang utk menjadi seorang 'Perawat Islam' yg ampuh. Kita perlukan bekalan ilmu yg cukup tinggi dan mantap juga pendinding yg betul2 ampuh utk menjadi Perawat Islam.
Di luar sana ramai pengamal2 ilmu hitam yg ampuh lagi hebat sedang bersedia utk menjalankan kerjabuat jahat mereka.
Mereka mengambil upah utk menjahanamkan sesama manusia.
Santet ahli sihir dari kepulauan Banten, Sulawesi dan Kalimantan sudah aku hadapi...( Ini pengalaman aku ) Allah shj yg tahu betapa hebatnya ilmu2 mereka.
[ Semoga aku terhidar drp pengalaman itu lg. ]
Pengamal2 sihir dlm malaysia spt ; orang2 asli, sami2 siam, sami2 hindu, suku jawa, boyan, melayu dll mmg teserlah akan ilmu santetnya.
Semoga Allah dan rasul sentiasa bersama2 aku juga barisan 70k Rijalul ghoib dan sanat, rabitah wasilah aku dan guru2ku dari tangan ke tangan hingga kpd rasulullah saw.
📌 La hawlawala qhuwataillabilla hia'liyyil a'zimm.
(Tidak ada daya kekuatan,pergerakan dan kemampuan kecuali dengan pertolongan Allah Ta'ala )
📌 Kita di ambang akhir zaman di mana segala sihir2 zaman firaun telah muncul kini.
Awas berhati2lah.
Wassalam..
Ust Amran Fadzil
[ Dato' Seri Pawang Di Raja SASM ]
0 comments:
Post a Comment