Saturday, 19 February 2022

scan jarak jauh.

Assalamualaikum wbh.

Selamat bertemu kembali.
Alhamdu lillah hari ini saya ada kesempatan utk menulis di ruangan ini.

Ianya berkenaan dengan kaedah 'Scan' 
Samada scan secara berdepan atau scan jarak jauh (contohnya ; saya perawat di Cheras scan pesakit di Sabah )

Sebenarnya saya amat takut dgn istilah 'scan' ini. Apa tidaknya... pada saya istilah scan ni adalah cuma kelebihan pd yg tertentu shj.

Kdg2 ia nampak terang.......
Kdg2 ia nampak gelap ( samar2 tidak pasti )
Walau apa pun saya tetap letak hanya 30% shj kebenaran yg saya dpt 'tembus' melalui kaedah scan ini. [ Ini adalah hanya pandangan thdp diri saya shj.

Mmg kdg2 saya boleh nampak 'terus' dgn kaedah scanner ni namun saya tetap berhati2 takut nak jatuh 100% benar.
Sb di takuti Iblis yg duduk di tengah2 scanner itu.

Iblis ni kan bijak...
Tidak ni tak terhasutlah Nabi Allah Adam as yg maksum dan zuhud itu dan Hawa itu keluar dr Syurga.

Baiklah saya berbalik kpd tajuk asal saya ttg masalah ini....

Sejak 2 menjak ini, kerap sungguh saya di minta utk scan pelbagai2 kes dan penyakit2 mistik.

Sampaikan kes2 hilang rantai tangan, gelang, kalung, beg duit, motorsikal, kereta ,lori bahkan isteri hilang, anak hilang ( tak balik rumah ) dll pun suruh saya scan....!

Dulu.... YA dulu2 beberapa tahun lepas mmg saya buat perkhidmatan ini..
Tetapi dlm 3 tahun ini saya sudah tak ambil lg kes ini.


Saya akan buat sekiranya setuju dgn 'charging' fees saya.
Dan saya akan katakan... 

"JGN percaya apa yg saya scan ini 100%. Sb mungkin ada yg salah"

"Kalu bersetuju saya buat dan kalu tak yakin, saya tak buat." 

Lebih baik ngadap saya terus... senang.

Saya kadang2 kena berlapik bila bercakap sb takut saya salah dan sebar fitnah.


Itulah serba sikit kisah yg sempat saya selitkan kali ini.
Semoga kita ketemu lg di lain waktu.

Wassalam wlm...

DS Pawang Di Raja ust Amran Fadzil.
MMW®


0 comments:

Post a Comment